NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Jumaat, 25 Januari 2013

PERIBAHASA MELAYU BILA GAJAH NAIK MINYAK


PERSEPSI negatif sering dilemparkan kepada mamalia malang ini yang hakikatnya di landa kepupusan terutama di negara Asia.

Dianggap ganas, liar dan berbahaya, Gajah Asia hanya wujud di 13 negara termasuk Malaysia selain Indonesia, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Thailand, China, Bangladesh, Bhutan, Nepal, India dan Sri Lanka.

Sehingga kini, hanya ada 30,000 hingga 50,000 gajah liar Asia.

Foto

Menerusi program inventori dan pemantauan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) de­ngan kerjasama Wildlife Conservation Society (WCS) Malaysia, ada 1,220 hingga 1,680 gajah di Semenanjung Malaysia.
Kumpulan Pakar Gajah Asia IUCN/SSC dan WCS, Dr Simon Hedges berkata, beberapa ancaman utama terhadap Gajah Asia menyumbang kepada kepupusan mamalia ini.


“Faktor ancaman merangkumi kehilangan habitat asal gajah, konflik antara gajah dan manusia (HEC), pembunuhan haram selain peningkatan populasi penduduk.

“Masalah itu wujud kerana halangan melakukan usaha pemuliharaan termasuk kekurangan pemantauan saintifik, tiada kesungguhan campur tangan politik dan dana yang tidak mencukupi.

“Namun, konflik gajah-manusia adalah ancaman utama kepada kedua-dua hidupan itu,” katanya.

Kes terbaru di Kluang pada November 2012 membabitkan Toh Sam Yit, 79, yang ditemui mati terbaring dengan kepala berlumuran darah akibat dipijak sekumpulan gajah.

Ladang kelapa sawit di sekitar perkampungan Orang Asli Kampung Punan yang bersempadan dengan Kluang-Mersing antara habitat dan laluan gajah liar untuk mencari makanan.

Sebelum itu, pada Mac 2012, Harian Metro melaporkan seorang kakitangan Perhilitan nyaris terbunuh apabila seekor gajah menyerangnya di Kampung Jelung, Setiu.

Mohd Noor Abdullah, 58, patah lima tulang rusuk dan cedera di bahagian muka selepas tercampak disondol gajah berkenaan.

Mangsa yang berkhidmat selama 40 tahun bersama empat anggota lain menjalankan operasi menangkap gajah liar selepas mendapat maklumat daripada penduduk di kampung terbabit.

Pada masa yang sama, Perhilitan Kelantan turut menerima 105 aduan me­ngenai ancaman gajah liar di seluruh negeri ini bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu.

Kedua-dua insiden ini menunjukkan wujudnya konflik gajah-manusia akibat perluasan kawasan hutan sama ada untuk pertanian atau pembangunan.

Justeru, pelbagai akta, pelan dan perbincangan harus dikaji semula agar mamalia itu bukan saja dilindungi malah mendapat penghormatan.

Antaranya Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 201 (Akta 716), Pelan Strategik Jabatan Perhilitan 2010-2015, Pelan Pengurusan Gajah di Semenanjung Malaysia 2006, Manual Tangkapan Gajah 2006 dan Pelan Tindakan Pengurusan Konflik Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia 2010-2015 bagi melindungi hidupan liar ini yang di ambang kepupusan.

Menerusi bengkel National Elephant Conservation Action Plan (NECAP) di Kuala Gandar, Pahang baru-baru ini, seramai 70 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar dalam bidang ini dihimpunkan.

Penyertaan yang julung kali itu bagi membincangkan beberapa masalah membabitkan mamalia terbesar ini sekali gus mencari pendekatan bagi memastikan populasi gajah di Semenanjung Malaysia diurus sebaiknya.

“Pembangunan yang semakin pesat dalam negara menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara mengkaji semula Pelan Pengurusan Gajah yang diterbitkan pada 2006.

“Pelan terbabit yang digunakan selama tujuh tahun di semak semula dengan mengambil kira impak pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) terhadap pengurusan gajah,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Abdul Rahim Nik.

CFS bertujuan mengekalkan kawasan berhutan un­tuk pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti me­nerusi penyambungan empat kompleks hutan utama di Semenanjung Malaysia.

Kompleks hutan ini adalah habitat utama kumpulan gajah dan pelaksanaan pelan ini banyak membantu konservasi gajah di negara ini.

Menurut–nya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa mengambil inisiatif mengekalkan hubungan saling memerlukan antara hidupan liar dan hutan simpan dalam lingkungan CFS.

Bengkel terbabit turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah II Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Dr Zaaba Zainol Abidin dan Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abd Rasid Samsudin.

Adalah menjadi kesalahan jika menembak, membunuh atau memiliki sebahagian daripada anggota gajah.

Jika bersalah, seseorang itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun penjara.

Jika ia gajah betina, denda maksimum ialah RM300,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Bagi gajah yang tidak matang denda maksimum RM200,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Kesalahan mencedera, menzalimi atau mengurung gajah dalam kandang boleh didenda maksimum sehingga RM50,000 atau setahun penjara. Jika mendatangkan kemarahan atau kecederaan kepada gajah, pesalah boleh didenda sehingga RM30,000 atau setahun penjara.

Selain Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang yang ditubuh pada 1989, permasalahan gajah liar turut ditangani pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO), Majlis Persijilan Kayu Malaysia (MTCC), Mykasih Foundation serta Universiti Nottingham Malaysia, Pengurusan dan Ekologi Gajah Malaysia (MEME).


INFO GRAFIK:


Terdapat dua spesis gajah iaitu Gajah Afrika (Loxodonta Africana) dan Gajah Asia (Elephas Maximus).

Gajah adalah mamalia daratan terbesar yang masih hidup sehingga kini.

Gajah jantan Afrika mencapai ketinggian sehingga empat meter dan berat dari 4,700 hingga 6,048 kilogram.

Gajah betina Asia tidak mempunyai gading berbanding gajah jantan Asia.

Mamalia ini boleh hidup sehingga mencecah usia 70 ke 80 tahun secara keseluruhannya. Namun, akibat pelbagai ancaman di dalam hutan, usia gajah dikatakan hanya boleh bertahan sehingga 60 tahun.

Gajah bernama Sanum berumur 7 tahun diselamatkan di Sungai Siput, Perak. Ketika ditemui ekornya tiada dan badannya luka akibat digigit dan di cakar harimau.

Selendang juga berumur 7 tahun ditemui di Rompin, Pahang. Ia diselamatkan dalam keadaan kakinya mempunyai luka yang dalam akibat terkena jerat di hutan.

Kedua-dua gajah sub dewasa ini dibawa ke PKGK pada 2007 agar membantu kelansungan hidup anak gajah ini yang ditinggalkan keluarga.


ANTARA KES SERANGAN GAJAH

1) Seorang pelancong wanita dari Australia, Jenna OGrady Donley, 26, meninggal dunia apabila diserang gajah jantan di Mud Lipad Vulcano, berhampiran Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu, Sabah pada 7 Disember 2011.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Jenna OGrady Donley, 26, mati
di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di perut akibat ditusuk gading gajah selepas dipercayai disondol berkali-kali haiwan itu.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan mangsa yang juga wanita berusia 25 tahun dan pemandu pelancong lelaki, terselamat selepas melarikan diri ke laluan utama
di Tabin.


2) Seorang kakitangan Perhilitan Terengganu, Mohd Noor Abdullah, 58, yang bersara November tahun lalu nyaris maut apabila gajah liar yang cuba ditangkapnya di Kampung Jelung, Setiu, Terengganu pada 1 Mac 2012 naik minyak dan menyerangnya serta empat rakan.

Peristiwa itu adalah kenangan paling pahit sepanjang 40 tahun berkhidmat dengan Perhilitan. Mohd Noor cedera parah di muka dan badan serta patah lima tulang rusuk dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


3) Seorang warga emas, Toh Sam Yit, 79, dari Taman Lian Seng, Kluang, Johor meninggal dunia selepas diserang gajah liar di kebun sawitnya berhampiran Kampung Orang Asli Punan, Kahang, Kluang.

Mangsa yang cedera parah ditemui beberapa penduduk Orang Asli kampung itu, kira-kira jam 6.30 petang pada 26 September 2012.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24

Anak perlu dimotivasi Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad


Beberapa bulan lalu, saya menerima satu e-mel daripada bekas pelajar perempuan yang pernah menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar pada 2000. Ketika itu, pelajar berkenaan di tahun 6 dan kini berusia 23 tahun.

Ceritanya begini, dia murid yang lemah dalam pelajaran, selalunya berada dalam kelas keempat atau kelima, pemalu, tiada keyakinan diri, lemah dalam pelajaran dan malu bergaul.
Kakak dan abangnya mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dan ini membuatkan ibu bapanya selalu membandingkannya dengan mereka.

Ini membuatkan emosinya terguris dan akibatnya ketika di tingkatan lima, dia ponteng kelas, merokok, menipu dan lari daripada kelas.


Lantaran itu, ibu bapanya memasukkan dia dalam program motivasi yang saya anjurkan. Semasa dalam motivasi, kesedaran mula timbul, semangat belajar membuak-buak.


Dia mahu mendapat semua A dalam SPM. Namun apabila pulang semula ke rumah, dia berdepan ibu bapa dan rakan-rakan yang tetap sama.

Ini membuat dia kecewa dan perubahan diri mampu bertahan sekadar seminggu. Ditambah pula apabila gurunya melabelkan dia bodoh dan tiada harapan malah ibunya ada memberitahu emak saudara-nya, dia anak paling bodoh dalam adik beradiknya.

Akibatnya, dia gagal cemerlang dalam SPM dan hanya mendapat 2A. Walaupun 2A, dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains komputer tapi ditolak kerana tidak berminat.

Seluruh keluarga memarahinya hingga bapanya sanggup melutut memujuk. Kedegilannya tidak mampu dilembutkan dan dia tetap dengan keputusannya hinggakan ibu bapa tidak bercakap dengannya.

Ketika itu, dia teringat kursus Motivasi Alihan Pelajar yang pernah dihadirinya lima tahun dulu. Dia buka balik modul dan buku diberikan dan melihat semula catatan motivasi yang pernah dicatatkan dulu.

Ketika itu, imbasan peristiwa masuk ke kursus selama dua hari kembali segar dalam ingatannya. Masih terngiang-ngiang suara lantang saya di te-linganya. Dia berdiri di depan cermin dan bercakap kuat-kuat: “Aku percaya aku boleh!” di-sebut berulang kali. Apa yang saya suruh dia lakukan dulu dilakukannya semula kali ini.

Dia teringat pesan motivasi saya: “Tidak kira sama ada mahu merangkak, berjalan atau berlari, yang penting jangan berhenti!” Dia juga teringat pesan saya agar usah lupa solat hajat dan berdoa, ketika itu masa sudah pun hampir jam empat pagi.

Lalu dia terus lakukan solat hajat dan berdoa. Ketika itu tangisan tidak mampu ditahan, dia rebah sujud, mengadu dan pasrah di hadapan Allah. Itulah doa yang paling khusyuk dalam hidupnya hingga akhirnya dia terasa kedamaian dan ketenangan.

Dengan kehendak Allah dia ditawarkan masuk ke tingkatan enam dan peluang itu tidak dilepaskannya. Sehari sebelum masuk ke tingkatan enam, sekali lagi dibukanya buku modul MAP itu.

Ternampak olehnya tulisan saya: “Work Very Hard, Work Very Hard, Work Very Hard”. Entah bagaimana, datang satu semangat luar biasa. Ketika itu dia teringat cerita saya mengenai kisah kehidupan masa lampau saya bagaimana daripada seorang anak yatim dan miskin, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, akhirnya berjaya.

Cerita ini memberikannya inspirasi. Dibeleknya lagi buku modul MAP itu dan kali ini dia nampak kisah Abdul Halim yang kudung kedua kaki dan tangannya sejak kecil namun akhirnya masuk universiti dan keluar sebagai akauntan hingga memiliki firma perakaunan sen-diri.

Semua kisah-kisah kejayaan ini larut dalam mindanya hingga dia akhirnya nekad untuk berubah dan menjadi orang baru.

Segala-galanya berubah selepas itu. Dia baca semula strategi belajar yang diajarkan dalam kursus seperti membuat nota berkesan, peta minda, teknik memberikan tumpuan, teknik menyoal dan strategi mengulangkaji berkesan.

Akhirnya, dia berjaya dalam STPM dan sekarang berada di tahun akhir bidang perundangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kisah ini menarik kerana perubahan yang berlaku bukannya drastik yang biasa ditunjukkan pelajar lain. Sebaliknya, dengan keadaan keluarganya, sifat negatif guru dan rakan terhadapnya, keputusan peperiksaannya, semua-nya tidak menyebelahi dan menyokong kemahuannya untuk berjaya.

Di mana agaknya anak itu sekarang jika ibu bapa-nya tidak pernah mema-sukkan anak itu dalam program motivasi?

Ibu bapanya mungkin kurang cemerlang dalam menangani masalah dan kerenah anaknya namun mereka bertindak cemerlang apabila membuat keputusan berkorban sedikit wang dan mema-sukkan anaknya dalam program motivasi.

Pengorbanan yang kecil itu meninggalkan bekas yang mendalam.

Anak ini mungkin terlambat menyedari kebaikan program motivasi yang dihadirinya tapi tanpa input dan bekalan ilmu diperolehnya, pasti sukar untuk dia bangkit daripada kegagalan.

Semuanya berlaku de-ngan izin dan percaturan Allah. Tiada satu pun yang berlaku secara kebetulan. Namun, sebagai hamba Allah, kita mempunyai pilihan untuk mencorak kehidupan dan menikmati kejayaan.

Sebab itulah anak-anak perlukan kata-kata semangat, dorongan, cerita kejayaan, bimbingan dan panduan dalam hidup mereka.

Usah bimbang jika lambat nampak perubahan sebab memasukkan anak ke program motivasi adalah satu usaha.

Terus doakan mereka dan percayalah, setiap ilmu yang anak peroleh dalam program sebegini kekal dalam dadanya.

Dengan memasukkan anak-anak ke program motivasi, ibu bapa akan dapati anak-anak mereka lebih bersedia berbanding pelajar lain.

Adalah lebih mudah bagi mencipta kejayaan apabila kita ada mentor, tahu cara dan rahsianya. Ibu bapa yang banyak menyemai pasti akan banyak me-nuai. Yang banyak berkorban pasti akan menikmati saat-saat kegembiraan.

Hubungi MAP di talian 03-22734622, 016-5580719, 05-3134622, 016-5580619 atau layari laman web, www.laman-map.com untuk maklumat lanjut.

KATAK GIANT....


Foto

Sungai Siput: Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.

Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .


Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.

Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.


Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.


“Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg.


LOW menunjukkan katak diperoleh dari hutan Gerik, baru-baru ini.

“Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak berkenaan bergerak-gerak,” katanya.


Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.

“Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan Januari,” katanya ketika ditemui.

Globalisasikan sastera Islam kontemporari



HASIL TULISAN PENA : DR. ANWAR
DIPETIK DARIPADA BERITA HARIAN ONLINE

Sejak kemunculan sastera Melayu moden, sebahagian besar penulis yang menghasilkan pelbagai genre sasteranya, baik secara langsung mahupun tidak langsung, meniupkan semangat Islami dalam karya mereka. Memang ada segelintir penulis Melayu yang menghasilkan karya tidak Islamik, umpamanya novel berkecenderungan pornografik atau erotik, tetapi gejala ini tidak melunturkan hakikat kesedaran kebanyakan pengarang kita akan sastera Islami.

Pengarang Melayu berkecenderungan untuk membangunkan dunia fizikal dan mental melalui karya mereka. Di dalam cerpen, drama atau novel pengarang memilih watak tertentu mewakili pandangan serta sikapnya. Hal ini tidaklah asing kerana pengarang Melayu yang beragama Islam menyedari mengenai falsafah agamanya yang sering menyeru ke arah peningkatan kebaikan.
Seruan ke arah kebaikan disebar melalui al-Quran, umpamanya dalam Surah Ali Imran (3:104) bermaksud: Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf (yang baik-baik) dan melarang daripada yang mungkar dan mereka itulah yang menang.

Kandungan yang baik, bernilai murni, serta mempunyai tingkat kemanusiaan yang tinggi dalam karya sastera harus disebarkan dengan meluas. Nilai murni serta dimensi positif kemanusiaan harus dikongsi dengan sebanyak mungkin manusia. Dengan cara itu karya seni dapat meningkatkan aspek estetika dalam diri manusia, di samping membentuk persefahaman yang merentas geografi, warna kulit, kebudayaan dan kepercayaan.

Islamofobia Barat

Zaman di mana karya sastera Islami hanya beredar dalam wilayah penduduk Islam sudah berlalu. Kita melihat bagaimana syair Hamzah Fansuri berlegar di Nusantara. Kita sudah melihat bagaimana novel Hamka beredar di dunia Melayu. Apa yang kita lihat itu adalah realiti pada suatu zaman tertentu, yang tidak relevan lagi buat masa kini.

Selepas peristiwa 11 September, Islam dan penganutnya semakin dipandang serong, ditakuti dan dicurigai terutamanya Eropah. Walau apa jua pendapat atau teori konspirasi Peristiwa 11 September, gejala Islamofobia adalah sebahagian daripada sejarah yang sedang berlaku di Barat.
Sebagai orang Islam dan sasterawan Melayu-Islam kita akan berkata bahawa Islamofobia Barat adalah suatu kekeliruan dan tidak seharusnya menghantui hidup mereka. Sebilangan sasterawan menzahirkan idea ini melalui karya kreatif mereka, seperti umpamanya yang dilakukan SM Zakir dan pengarang muda Pelita di Dalam Kaca atau nama sebenarnya, Kamaludin Endol yang muncul dengan kejutan apabila novelnya Baldatun Thoiyyibatun memenangi Hadiah Sastera Perdana 2011.
Sukar tembusi pasaran global

Tetapi karya seperti ini, yang cuba mengangkat kembali tamadun Islam melalui akal budi, hujah serta tindakan rasional protagonisnya, bukan mudah untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Benar bahawa karya terbabit wajar dibaca oleh khalayak tempatan dulu, namun kerana kualiti olahan dan pemikiran di dalamnya, kenapa ia sukar untuk menembusi pasaran global?

Islamofobia yang menebal akan menjauhkan sebilangan penerbit dan sebahagian khalayak pembaca, terutama di Barat, daripada karya Islami yang merekayasa naratif pasca 11 September. Sebahagian mereka lebih cenderung kepada novel pascamodenisme, historisisme baru, yang berunsur realisme magis serta membaurkan unsur pengintipan, jenayah dan seks. Mereka lebih memandang sastera dari Amerika Latin, China, Jepun dan Eropah sendiri berbanding sastera Islam.

Kecenderungan di atas menyebabkan penerbit luar negara begitu berhati-hati memilih karya sastera Islam daripada penulis tanah air. Peranan penerbit luar negara adalah penting, jika kita ingin melihat karya sastera kita dicetak dan dipasarkan pada peringkat antarabangsa. Mereka lebih cenderung memilih karya dengan tema budaya, berbanding tema Islami sebagai sebuah agama dan yang berkecenderungan ideologikal.

Beri alternatif terbaik

Sungguhpun kita berdepan kendala ini, usaha mengetengahkan karya Islami yang bermutu melalui penterjemahan dan penerbitan di luar negara wajar diteruskan. Kita mesti bersangka baik bahawa tidak semua khalayak pembaca Barat dihantui Islamofobia atau tidak menyukai sastera Islam.
Khalayak pembaca Barat pernah menyukai puisi-puisi Omar Khayyam, Muhammad Iqbal, Ibn Arabi, Mawlana Jalaludin Rumi dan sebagainya. Mudah-mudahan jendela sastera mereka yang sudah terbuka itu, beransur-ansur akan dapat menerima masuk karya Islami yang lebih bersifat pemikiran kontemporari dan ideologikal.

Akhirnya kita juga mungkin boleh bertanya kepada pertubuhan Islam antarabangsa seperti OIC atau nadwah persuratan Islam antarabangsa, apakah program serta aktiviti mereka untuk mengetengahkan sastera Islam kontemporari karangan penulis Islam seluruh dunia Islam kepada khalayak pembaca seluruh dunia? Kita harus bersama-sama memberi alternatif terbaik kepada sastera dunia terbaik bukan saja pada aspek tekniknya, tetapi yang lebih penting, pemikiran serta tujuan murninya.

KHUTBAH JUMAAT : PERTAHAN RISALAH DIBAWA NABI MUHAMMAD SAW


Semalam adalah hari sambutan Maulidur Rasul, antara hari kebesaran Islam yang disambut meriah di negara ini. Walaupun Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita, namun kekasih Allah ini tetap berada dalam sanubari dan hati umatnya.

Baginda SAW membawa kepada kita risalah Allah dengan dua cara. Pertama, menyampaikan perintah dan panduan Allah SWT melalui wahyu Qurani dan kedua, menghidupkan wahyu Allah dengan sempurna melalui perbuatan, perkataan dan pengakuannya (sunnah nabawiyah).
Wajib jadi teladan
Firman Allah SWT: “Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata.” (Surah at-Taghaabun, ayat 12)

Kemuliaan akhlak Rasulullah SAW seperti dicerminkan dalam al-Quran, wajib dijadikan teladan dan ditaati sepanjang kehidupan ini.

Firman Allah SWT: “Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas nyata.” (Surah at-Taghaabun, ayat 12)

Bukti penegasan ‘taat kepada Rasulullah’ terdapat dalam kalimah syahadah iaitu perakuan kewujudan Allah dan menafikan tuhan selain-Nya. Dengan itu, seluruh umat Islam wajib bersatu dan menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT.

Yakin dan percayalah antara agenda yang diberi keutamaan dalam misi Rasulullah SAW menyebarkan Islam ialah dengan memperkasakan akidah ummah. Umat Islam diikat dengan erat melalui konsep tauhid, kiblat, kitab dan pemimpin yang satu.
Namun dalam pada itu, Baginda juga sentiasa diterjah dengan pelbagai ancaman musuh Islam yang didalangi orang Yahudi untuk mengkucar-kacirkan pegangan dan fahaman umat Islam. Mereka menggunakan pelbagai pendekatan antaranya isu agama sebagai alat menghancurkan umat Islam.

Mereka menghasut sesetengah umat Islam yang lemah imannya dan hilang integriti untuk melanggari ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga memperalatkan sebahagian pemimpin Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa.

Oleh itu, tidak menghairankan ada umat Islam hari ini yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, tetapi pada masa sama telah mentafsir Islam mengikut hawa nafsu. Mereka sanggup melakukan tindak-tanduk mengikut kemahuan sendiri.

Besarnya pengaruh nafsu dan peranan syaitan dalam kehidupan terbukti apabila mereka tanpa segan silu mengutamakan kepentingan diri, mengutamakan kebendaan walaupun nyata bercanggah dengan al-Quran dan sunnah.

Sedarlah, inilah masanya umat Islam bersatu bagi memelihara kesucian agama Islam dan mempertahankan akidah umat Islam.

Janganlah ada segelintir umat Islam yang hanya pandai berbicara soal Islam, namun pada masa sama sanggup menggadaikan maruah dan agama sendiri. Lebih menyedihkan, ada umat Islam yang langsung tidak sensitif, sanggup menggadaikan akidah dan masa depan ummah demi kepentingan diri.

Laksana ajaran dibawa Rasulullah

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita menjana peningkatan dalam penghayatan dan ketaatan melaksanakan ajaran dibawa oleh Rasulullah SAW.

Marilah kita mempertahankan kemuliaan Rasulullah SAW dari sebarang penghinaan, mencontohi akhlak, keperibadian dan teladan yang ditunjukkan Nabi SAW dalam setiap tindakan. Jadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai amalan hidup.

12 RABIULAWAL SANA SINI.....RASULULLAH DALAM INGATAN

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Seri Paduka Baginda Raja Perimasuri Agong  Tuanku Hajah Hamimah diiring Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di sambutan Maulidur Rasul  peringkat Kebangsaan yang bertemakan

TYT Tun Abdul Rahman Abbas menyampaikan augerah khas Maulidur Rasul kepada Soid @ Shuib Mohd Amin, 68 tahun dari Pokok Sena, Kepala Batas (kanan) di majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pulau Pinang tahun 1434H/2013M di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang. - Foto Ramdzan Masiam





 PESERTA berarak sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Johor Bahru di Dataran Bandaraya menuju ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

ORANG ramai berarak melalui Jalan Datuk Bandar Tunggal sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Tengku Besar Mahmud serta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin turut menyertai perarakan itu. - Foto BERNAMA

WARGA emas, Wan Kamariah Wan Ibrahim, 72, dari kontinjen JKKK Pantai Batu Burok turut berarak dengan menggunakan kerusi roda dari Dataran Shahbandar ke Stadium Negeri sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Terengganu. - Foto BERNAMA

SEBANYAK 187 kontinjen mengambil bahagian pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Melaka yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Perarakan peserta kontinjen membabitkan seramai kira-kira 12 ribu orang yang bermula dari Stadium Hang Tuah ke Masjid Al-Azim di Bukit Palah. Peserta perarakan terdiri dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), Intitusi Pergajian Tinggi (IPT) serta Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK). Tidak ketinggalan juga seramai 1,000 anggota tentera dari Kem Terendak dan Sungai Udang. - Foto BERNAMA

PESERTA memulakan  perarakan Maulidur Rasul Peringkat Johor Bahru  di Dataran Bandaraya menuju ke Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.  - Foto Mohamad Shahril Badri Saali

PASUKAN berbasikal mengambil bahagian dalam perarakan kebangsaan sempena Maulidur Rasul di hadapan Masjid Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah

 BUAT pertama kalinya pasukan luncur udara menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bertemakan

KONTINJEN  dari Yayasan Terengganu berarak dari Dataran Shahbandar ke Stadium Negeri sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Terengganu. Foto BERNAMA

KONTINJEN Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terenggganu (PMINT) membawa banner

TITAH YDP AGONG SEMPENA MAULIDUR RASUL

Seri Paduka menyampaikan anugerah Perdana Maulidur Rasul kepada Datuk Seri Anis Abot pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan di Masjid Putra Putrajaya.

Seri Paduka menyampaikan anugerah Perdana Maulidur Rasul kepada Datuk Seri Anis Abot pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan di Masjid Putra Putrajaya.

Seri Paduka mahu rakyat buang budaya fanatik

Putrajaya: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, mengajak umat Islam mengamalkan kesederhanaan dan keseimbangan atau wasatiyah yang berupaya membuang tabiat buruk dan budaya fanatik.
Seri Paduka bertitah, ini adalah asas dalam ajaran Islam serta pendekatan yang digunakan Rasulullah dalam beramal.

Budaya toleransi

Titahnya, melalui wasatiyah juga Nabi Muhammad SAW menggantikan tabiat buruk dengan budaya toleransi dan memahami antara satu sama lain, selain mengikis sifat cuai dan abai terhadap amanah.

JADILAH PENDIDIK YANG DAPAT MENCONTOHI CARA RASULULLAH SAW...


Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1434H/2013: Guru patut contohi cara Baginda tangani masalah secara berhemah

Rasulullah SAW seorang pendidik yang cemerlang. Hasil didikan Baginda SAW, lahir tokoh ternama dan tersohor seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Tholib serta sahabat yang lain. 
Dicontohi sepanjang zaman 
 

Guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya," Imam al-Ghazali

Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi dan diteladani sepanjang zaman. Allah SWT telah merakamkan beberapa ayat dalam al-Quran mengenai peranan Rasulullah SAW sebagai guru atau pendidik. 

Firman Allah SWT: “Dialah Tuhan yang telah mengutuskan kepada kaum ummi (buta huruf) seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, (berjuang) menyucikan mereka serta mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Sesungguhnya mereka (sebelum diutus Muhammad) benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Jum’ah, ayat 2) 

Selain nas al-Quran, Nabi SAW juga bersabda: “Sesungguhnya aku telah diutuskan (oleh Allah) sebagai seorang guru (pendidik manusia).” (Riwayat Ibnu Majah) 

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing.” 
Berpandangan jauh

Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu ialah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan, terutama guru. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci mengenai kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar perlunya bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.

Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya. 

Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru akan menyedari bahawa sabar memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik.

Diriwayatkan daripada Abu Musa, Rasulullah SAW mengatakan: “Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di antara bumi itu ada sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Pada hal Allah menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apapun di tanah itu. Gambaran seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan sesuatu yang menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikitpun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia tidak mendapat petunjuk dari Allah yang kerananya aku utusan-Nya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Proses pengajaran

Ini menjelaskan kepada kita proses pendidikan dan pengajaran adalah satu metodologi yang perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti psikologi, sosiologi dan daya membuat pertimbangan seseorang pelajar.

Gabungan ilmu pengetahuan itu membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar mengikuti pengajaran.

Isnin, 21 Januari 2013

GUNAKAN BAHASA MALAYSIA YANG BETUL DAN TEPAT!


Murid-murid cikgu sekalian, apa khabar semua ? Kita telah pun menjangkau tahun 2013. Cikgu harap murid-murid dapat menghadirkan diri ke sekolah. Aktiviti pembelajaran juga telah empat minggu. 

Cikgu berharap murid-murid telah baca dan faham keratan akhbar di atas ya. Cikgu harap murid-murid semua dapat menghindarkan daripada menggunakan bahasa sms dalam pembelajaran bahasa Malaysia. Gunakan bahasa Malaysia yang betul dan tepat .

Terima kasih ya!

Khamis, 17 Januari 2013

JOM KITA GELAK SEBENTAR.....AKHIR NANTI JAWAB SOALAN ITU YA...



Membaca Amalan Mulia….

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Siapa yang pelupa ?

KASIH SEORANG AYAH YANG RAMAI TIDAK TAHU.....



KASIH SEORANG AYAH

Bablu Jatav.38 tahun. Itulah nama seorang ayah yang tabah meneruskan sebuah perit kehidupan bersama anakandanya yang tercinta, Damini. Damini yang berumur sebulan terpaksa ‘mengikut’ ayahnya : seorang penarik beca : kemana sahaja destinasi yang penumpang inginkan.

Diikat Damini di dadanya sambil sebelah tangan menapu kasih belakang anaknya itu. Dengan kudrat yang ada, sebelah tangan lagi memegang handle becanya dan kedua-dua belah kakinya menarik kuat pengayuh untuk menggerakkan beca usang yang dinaiki penumpang. Sungguh sayu..

Pernah sekali, Damini demam panas akibat cuaca yang begitu membahang. Kekeringan dan kehausan terpaksa insan kerdil ini tanggung. Manakan tidak.. Bayi seusianya yang lain masih berbedung sedangkan dia sudah ‘bekerja’.

Di manakah ibunya? Mengapa si Ibu tidak menjaga Damini?

Untuk pengetahuan Ibu-Ibu sekalian,, Ibu Damini , Shanti telah pun meninggal dunia ketika melahirkan Damini. Kini, anak kecil itu sudah tidak ada sesiapa lagi melainkan ayahnya. Saudara-mara hilang entah ke mana.

Tanpa mengenal apa itu erti berputus asa, Bablu Jatav, ayah yang begitu pengasih dan penyayang berkata “ Walaupun tiada sesiapa ingin menjaga anak saya, biarkan.. Biarkan tiada. Kerana saya sendiri yang akan menjaganya dengan membawanya bersama biarpun ke akhir usia saya’’

Menitis Air Mata  Ketika Membaca Kisah Sedih Ini. Ingatlah.. Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. Ayah.. Maafkan Segala Silap Salahku. 

JOM JADI KREATIF....










MARI KITA BINA KREATIVITI DAN INOVASI