NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Selasa, 11 Disember 2012

NILAI MURNI





Salam 1 Malaysia buat murid-murid cikgu Jehan pada petang ini. Tentu semuanya sedang beristirehat setelah penat menolong ibu dan bapa murid-murid. Rajin murid-murid cikgu. Itu dinamakan anak yang baik dan rajin.

Nilai-nilai yang baik ini kita namakan nilai murni. Nilai-nilai ini mestilah dipupuk sejak kecil lagi. Bak kata pepatah "kalau nak melentur biarlah dari rebung". Teruskan sikap atau nilai yang baik itu agar membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

Petang ini cikgu hanya ingin murid-murid melengkapkan borang pengurusan grafik di bawah. Murid-murid bolehlah merujuk  di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang nilai-nilai murni agar dapat lebih ilmu pengetahuan.  Untuk pengetahuan murid-murid, untuk mendapatkan banyak ilmu pada masa kini amat mudah hanya di hujung jari saja.

Baiklah, cikgu berharap murid-murid dapat menyudahkan tugasan pada petang ini.

Selamat menjawab ya murid-murid!

Tugasan hari ini :-


Memperkenalkan  Nilai-Nilai Murni
           
             Di peringkat awal pengajaran guru perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat 16 nilai murni utama yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu diketahui oleh pelajar. Bagi memantapkan pelajar, guru perlu menerangkan nilai dan pecahannya dan memberikan contoh dalam bentuk peristiwa bagi memudahkan murid memahami. Murid juga digalakkan memberikan contoh sesuai dengan nilai diberi. Lihat contoh di bawah:


Baik Hati
Pecahan Nilai
Contoh
belas kasihan
Ali mengambil anak kucing yang kotor itu dari dalam longkang.
bertimbang rasa

murah hati

saling memahami

saling memaafkan


  
Berdikari
Pecahan Nilai
Contoh
berupaya bertindak sendiri
Membasuh kasut dan pakaian sendiri.
Mengemas bilik tidur.
yakin pada diri sendiri


Hemah tinggi
Pecahan Nilai
Contoh
kesopanan / berbudi bahasa
Bertutur dengan cara berbudi  perkerti.
mengaku kesalahan sendiri

ramah mesra


Hormat menghormati
Pecahan Nilai
Contoh
hormat ibu bapa
Bersalam dengan ibu bapa sebelum ke sekolah.
hormat kerajaan dan negara

patuh kepada undang-undang

hormat ahli keluarga, guru,rakan, guru dan jiran

hormat kepercayaan dan adat resam pelbagai bangsa

patuh kepada ketetapan masa


Kasih sayang
Pecahan Nilai
Contoh
menghargai nilai nyawa
Menyayangi diri dan keluarga
menyayangi alam sekitar

cinta akan negara


Keadilan dan kebebasan
Pecahan Nilai
Contoh
Adil

Saksama

kebebasan di sisi undang-undang


Keberanian
Pecahan Nilai
Contoh
berani mencuba
Aminah sering menjawab soalan yang diberi oleh gurunya.
berani kerana benar


Kebersihan akal dan fizikal
Pecahan Nilai
Contoh
kebersihan diri

kebersihan alam sekitar


Kejujuran
Pecahan Nilai
Contoh
amanah

bercakap benar

ikhlas


Kerajinan
Pecahan Nilai
Contoh
daya usaha

dedikasi


Kerjasama
Pecahan Nilai
Contoh
gotong -royong

perpaduan

toleransi


Keserderhanan
Pecahan Nilai
Contoh
perlakuan

pertuturan

tidak melampau


Kesyukuran
Pecahan Nilai
Contoh
berterima kasih

menghargai

mengenang budi


Rasional
Pecahan Nilai
Contoh
membuat pertimbangan


Semangat bermasyarakat
Pecahan Nilai
Contoh
bermaufakat

semangat kejiranan

peka isu sosial dan masyarakat


Patriotisme
Pecahan Nilai
Contoh
taat setia

menghormati lagu dan bendera

cintakan negara

berbangga jadi warga negara




Terima kasih.


Isnin, 10 Disember 2012

BAHAGIAN B : KARANGAN FAKTA


 

Salam 1 Malaysia murid-murid cikgu Jehan yang disayangi. Emm, sedap betul buah-buahan yang tertera gambar di atas itu ya. Cikgu pun rasa geram tapi cikgu baru rasa menikmati keenakan buah durian. Memang sedap terutama buah durian musang. Isinya tebal dan warna buah durian musang itu kekuning-kuningan. Kalau di Cameron Highland nama durian musang ini sudah bertukar nama menjadi durian permaisuri. 

Baiklah, hari ini cikgu mahu murid-murid menulis karangan fakta bertajuk seperti berikut. Murid-murid boleh merujuk di sini untuk mendapatkan maklumat cara terbaik untuk menulis karangan jenis fakta tersebut.

Jom, kita menulis karangan berdasarkan rangka karangan yang telah pun diberikan.

Selamat menjawab.

Tugasan hari ini :-


Negara kita Malaysia kaya dengan buah-buahan. Tulis karangan tentang
    kebaikan buah-buahan tempatan.



Tulis karangan lengkap tentang kebaikan buah-buahan  tempatan dengan berpandukan rangka karangan yang diberikan.

    Rangka karangan

    Pendahuluan

-    Malaysia kaya dengan buah-buahan.
-    Contohnya durian, langsat, manggis, rambutan dan
      sebagainya.

Isi-isi

-   buah-buahan tempatan mempunyai rasa yang sedap
     dan berkhasiat untuk kesihatan.
-   harga buah-buahan tempatan lebih murah berbanding dengan harga buah-buahan import.
-   Buah-buahan tempatan kurang mengandungi bahan kimia yang mendatangkan kesan sampingan kerana buah-buahan tempatan
tidak perlu diawet.
-   buah-buahan tempatan mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi kerana keadaannya memang sesuai dengan bentuk muka bumi.

Penutup

Kesimpulan.


Syabas dan tahniah !

Terima kasih.