Bertemu kita semula ....
Hari ini kita hendak kenali pantun pula....Banyak jenis pantun ya murid-murid. Akan tetapi hari ini kita kenali dahulu Pantun Peribahasa. Di sini cikgu sekali lagi memuat turun pantu peribahasa.
Cikgu berharap murid-murid seronok berpantun ya....Tapi sebelum itu kita kenali dulu maksud pantun tersebut.
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek
terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai
sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan
menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang
melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat
barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu
bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian
pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang
dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat
ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
mURID-MURID CIKGU SEKALIAN...YANG DAH TGK SLIDES INI KALAU TAK FAHAM SILA BAGI TAU CIKGU YA. TERIMA KASIH
BalasPadam