http://ms.wikipedia.org/wiki/Pembangunan_Modal_Insan:_Teras_Pendidikan_Negara
Buku
Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara ini merupakan buku kategori .
Buku
berjudul Pembangunan Modal Insan: Teras Pendidikan Negara disediakan
khusus selari dengan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16 Jan
2006. Di bawah PIPP, program pembangunan modal insan adalah teras kedua
terpenting yang bermatlamatkan untuk meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan, memupuk pelajar agar memiliki kemahiran, keterampilan dan
berdisiplin. Bagi menjayakannya sudah tentu peranan ini perlu dipikul oleh
golongan pendidik, iaitu guru dan juga pensyarah. Mereka perlu menyediakan
kurikulum pendidikan yang terbaik dalam usaha untuk membangunkan keterampilan
pelajar yang juga merupakan modal insan utama negara. Mereka perlu pastikan
setiap usahawan, pengurus, pemimpin dan pentadbir yang dibangunkan perlu memiliki
kelebihan daya saing, keterampilan diri dan kekuatan untuk memberi tambah nilai
terhadap setiap aktiviti, proses dan pekerjaan yang bakal dilakukan.
Usaha-usaha pembangunan yang dilakukan perlulah secara menyeluruh, iaitu
meliputi keperluan jasmani, kognitif, emosi dan juga spiritual. Aspek-aspek ini
perlu dibangunkan secara seimbang. Pendedahan dan penghayatan pelajar terhadap
aspek-aspek ini bakal membolehkan mereka lebih berminat untuk belajar, lebih
yakin dengan kerjaya yang bakal dipilih, lebih bersedia untuk mengambil faedah
daripada peluang-peluang yang mendatang dan lebih bersedia melangkah keluar
daripada sempadan negara untuk mencari kekayaan. Bagi mencapai matlamat PIPP,
buku ini telah menyediakan ramuan asas bagi membolehkan golongan pendidik memupuk,
membangunkan dan memastikan keterampilan pelajar terbina.
BERDASARKAN PETA MINDA FPN DI ATAS TAULAH KITA PERANAN DAN PENTINGNYA KITA MENGHAYATI FPN DEMI MEMBINA MODAL INSAN YANG BERSAHSIAH DAN BERKUALITI
BalasPadam