Pembelajaran Masteri
1. Apakah Pembelajaran Masteri?
… satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu
perkara yang diajar. (Bloom, 1968)
… berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid
boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh
keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan
untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968)
… satu set idea dan amalan pengajaran secara
individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten … idea dan
amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila
menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid
mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. (Anderson
& Block, 1975)
Rumusan:
Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam
suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berkualiti.
2.
Rasional:
- Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.
- Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
- Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.
3.
Prinsip Pembelajaran Masteri
- Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.
- Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
- Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
- Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
4.
Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
- Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
- Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.
- Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria(URK)
- Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
- Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
- Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.
5.
Langkah Pembelajaran Masteri
- Penentuan hasil pembelajaran.
- Pengajaran dan pembelajaran.
- Penilaian.
- Tindakan susulan.
Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang
perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran. Hasil Pembelajaran
perlu ditentukan bagi:
- Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.
- Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
- Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajr.
- Membantu membina ujian formatif dan sumatif.
6. Cara
Hasil Pembelajaran dinyatakan:
- Berdasarkan sukatan pelajaran.
- Dalam bentuk tingkah laku yang boleh diperhatikan dan diukur
- Secara eksplisit, jelas dan terperinci.
- Dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
- Mengikut aras pembelajaran dari mudah sukar.
7.
Penentuan pengajaran dan pembelajaran
Semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru
harus mengambil kira perkara yang berikut:
- Kebolehan dan keupayaan murid berbeza-beza.
- Kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran.
- Kemudahan yang sedia ada.
- Masa yang diperuntukkan
8. Kenali
murid anda:
Sahsiah seseorang murid mempengaruhi gaya pembelajaran.
Justeru, guru perlu mengenal pasti sahsiah murid bagi merancang kaedah dan
bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan.
9.
Pelbagai kaedah dan bahan
Kaedah dan bahan perlu dipelbagaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya:
- pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pembelajaran.
- Pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.
10. Pendekatan
pengajaran dan pembelajaran
Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan:
- berpusatkan guru.
- Berpusatkan murid.
Dalam pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah yang
boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Penerangan
- Penjelasan
- Bercerita
- Huraian
- Memberi nota
- Syarahan
- Demonstrasi
Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang
boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Bercerita
- Bacaan
- Latih tubi
- Pembelajaran akses kendiri
- Inkuiri penemuan
- Soal jawab
- Main peranan
- Demonstrasi
- Penyelesaian masalah
- Sumbang saran
- Projek
- Pembelajaran koperatif
- Amali
11. Bahan pengajaran dan pembelajaran
Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan
selaras dengan aktiviti yang dipilih.
Contoh:
|
Hasil pembelajaran
|
Cadangan bahan
|
Bahasa
|
Mengenal pasti ‘huruf’
|
Kad imbasan hurufCarta hurufBongkah hiruf
|
Matematik
|
Menambah dua nombor dalam lingkungan fakta asas
|
JakaSidaCip berwarna
|
Sains
|
Menerangkan proses penghadaman
|
Carta organPenghadamanVideo penghadaman
|
Geografi
|
Menyatakan bentuk muka bumi kawasan pinggir pantai
|
Cakera padat tentang muka bumi model peta
|
Pendidikan seni
|
Membuat grafik
|
Perisian aplikasi
|
12. Penilaian
Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan
perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga
adalah sebahagian daripada proses pengajarah dan pembelajaran yang dijalankan
secara berterusan.
12.1 Mengapa?
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk:
- Mengesan pencapaian murid.
- Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah.
- Mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai.
- Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran.
- Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan.
- Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
12.2 Penilaian dalam Pembelajaran Masteri
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri perlu dirancang,
dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan
sumatif yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Kedua-dua penilaian ini
bersifat diagnostik. Penilaian mestialh berdasarkan kepada Hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan.
12.3 Bilakah penilaian dijalankan?
Penilaian Pembelajaran Masteri boleh dijalankan mengikut
masa yang difikirkan sesuai seperti yang berikut:
- Semasa pengajaran dan pembelajaran.
- Selepas sesuatu unit pembelajaran.
- Selepas tempoh tertentu seperti mingguan, bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.
12.4 Domain yang dinilai
Penilaian dalam Pembelajaran Masteri meliputi domain:
- Kognitif
- Afektif
- Psikomotor
12.5 Cara menilai Pembelajaran Masteri
Hasil pembelajaran boleh dinilai secara lisan, pemerhatian
dan penulisan. Penilaian boleh dijalankan secara berasingan atau digabungkan
mengikut aspek yang hendak dinilai.
Untuk menilai, langkah berikut perlu diikuti:
Langkah
|
Aktiviti
|
|
i)
Menentukan Hasil Pembelajaran yang hendak
diuji.ii) Membina jadual penentu
ujian
iii) Membina item
iv) Menyediakan skema
jawapan
|
|
i)
Mentadbirkan ujian
|
|
i)
Memeriksa respon dan menentukan penguasaan
muridii) Membuat analisis terhadap
respons
iii) Mendiagnos
iv) Merekod pencapaian
murid
|
|
i)
Menyediakan laporanii) Menyampaikan
laporan
|
13. Tindakan susulan
Tindakan susulan dalam Pembelajaran Masteri dijalankan
setelah kelemahan dan kekuatan pembelajaran murid dikenal pasti:
- Memastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga terjejas pembelajaran seterusnya.
- Memperkukuh dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai.
Tindakan susulan boleh dilakukan melalui aktiviti:
- Pemulihan.
- Pengayaan (pengukuhan dan pengembangan).
13.1 Aktiviti Pemulihan
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti yang dirancang untuk
membantu murid yang belum melepasi aras masteri. Pemulihan dijalankan untuk
memperbaiki kelemahan pembelajaran yang telah dikenal pasti. Pengajaran dan
pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan
keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:
- Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.
- Membetulkan perlakuan yang salah.
- Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.
- Menggunakan bahan visual.
- Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.
- Menjalankan lati tubi.
- Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.
- Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
- Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah, carta atau peta minda.
- Melatih murid mengenal pasti idea utama.
13.2 Aktiviti Pengayaan
Aktiviti pengayaan dijalankan untuk murid yang telah
menguasai aras masteri. Aktiviti pengayaan dirancang bagi:
- Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajarn yang lebih mencabar dan menarik.
- Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.
- Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.
- Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.
Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan
pengembangan.
Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan
pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran
yang sama. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti
berikut:
- Memberi latihan yang lebih mencabar.
- Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.
- Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta organisasi dan rajah.
- Melatih murid membuat nota.
- Menjalankan latih tubi.
- Melatih murid mengenal pasti idea utama.
- Mengakses maklumat dari laman web.
Aktiviti pengembangan bertujuan untuk
mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang
sama. Aktiviti pengembangan ini lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid
secara terarah kendiri. Contoh aktiviti pengembangan adalah:
- Membuat projek.
- Membuat tugasan.
- Membuat kajian.
- Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh dipertingkatkan.
- Membuat pemerhatian
- Mengumpul data
- Mengakses maklumat
- Membanding
- Mengklasifikasi
- Meringkas
- Merekod
- Mentafsir
- Membuat keputusan
- Membuat andaian
- Menganalisis
- Melapor
- Menyelesaikan masalah
Peranan Guru
Dalam pengajaran menggunakan ML, guru berfungsi sebagai
“instructional leader and learning facilitator” (Guskey, 1985). Guru perlu
- Menguasai pengetahuan dalam bidang yang hendak diajar dan dapat mencerakinkan isi pelajaran
- Menentukan objektif pembelajaran dan pengajaran secara eksplisit.
- Menguasai pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan sumber dan kaedah-kaedah serta teknik-teknik pengajaran yang berpusatkan murid
- Menguasai kemahiran merancang dan membina item-item ujian (formatif dan sumatif)
- Membuat analisis item-item ujian bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap pelajar. Yang penting, guru perlu dapat melihat ujian-ujian tersebut sebagai alat pembelajaran. (learning tools).
- Mempunyai kemahiran menyampaikan maklum balas (feedback) kepada setiap pelajar tentang tahap penguasaan pembelajaran masing-masing bagi tujuan meningkatkan motivasi untuk terus belajar.
- Dapat merancang dan melaksanakan prosedur pembetulan (corrective procedures) dan aktiviti-aktiviti pengkayaan berdasarkan keperluan dan kebolehan setiap pelajar.
TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG MAKLUMAT YANG BERGUNA INI UNTUK DIKONGSIKAN DALAM DUNIA MAYA INI...
BalasPadamterimakasih atas ilmu yang dikongsi oleh pihak tuan....amat bermanafaat...semoga rezeki tuan akan berganda dan dirahmati Allah swt.
BalasPadamTerima kasih kongsikan ilmu yang bermanfaat.
BalasPadam