NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Rabu, 7 November 2012

SINTAKSIS

Murid-murid cikgu semua, apa khabar hari ini?
Hari ini kita belajar pula, sintaksis. Murid-murid tahu tak apa itu SINTAKSIS? 
     
     Sintaksis merupakan  bidang bahasa yang bertugas untuk mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama – sama”. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. 
     
     Di bawah ini cikgu memuatnaik slideshares yang berkaitan dengan SINTAKSIS secara terperinci. Cikgu berharap ini dapat menambah lagi pengetahuan murid-murid tentang SINTAKSIS. 
     
     Selamat belajar dan jumpa lagi esok! 
Terima kasih kepada penyumbang slideshares ini dan http://edubahasabyayda.blogspot.com

3 ulasan:

  1. info yang berguna. blog yang cantik, kemas dan menarik.tq

    BalasPadam
  2. SEDAP LAGU INSTRUMENTAL TU CIKGU...KENA DGN BLOG CIKGU NI...DAH BACA BARU SAYA TAHU SINTAKSIS....

    BalasPadam