Beberapa
bulan lalu, saya menerima satu e-mel daripada bekas pelajar perempuan yang
pernah menghadiri kursus Motivasi Alihan Pelajar pada 2000. Ketika itu, pelajar
berkenaan di tahun 6 dan kini berusia 23 tahun.
Ceritanya
begini, dia murid yang lemah dalam pelajaran, selalunya berada dalam kelas
keempat atau kelima, pemalu, tiada keyakinan diri, lemah dalam pelajaran dan
malu bergaul.
Kakak dan
abangnya mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dan ini
membuatkan ibu bapanya selalu membandingkannya dengan mereka.
Ini
membuatkan emosinya terguris dan akibatnya ketika di tingkatan lima, dia
ponteng kelas, merokok, menipu dan lari daripada kelas.
Lantaran
itu, ibu bapanya memasukkan dia dalam program motivasi yang saya anjurkan.
Semasa dalam motivasi, kesedaran mula timbul, semangat belajar membuak-buak.
Dia mahu
mendapat semua A dalam SPM. Namun apabila pulang semula ke rumah, dia berdepan
ibu bapa dan rakan-rakan yang tetap sama.
Ini
membuat dia kecewa dan perubahan diri mampu bertahan sekadar seminggu. Ditambah
pula apabila gurunya melabelkan dia bodoh dan tiada harapan malah ibunya ada
memberitahu emak saudara-nya, dia anak paling bodoh dalam adik beradiknya.
Akibatnya,
dia gagal cemerlang dalam SPM dan hanya mendapat 2A. Walaupun 2A, dia mendapat
tawaran melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tinggi awam dalam
bidang sains komputer tapi ditolak kerana tidak berminat.
Seluruh
keluarga memarahinya hingga bapanya sanggup melutut memujuk. Kedegilannya tidak
mampu dilembutkan dan dia tetap dengan keputusannya hinggakan ibu bapa tidak
bercakap dengannya.
Ketika
itu, dia teringat kursus Motivasi Alihan Pelajar yang pernah dihadirinya lima
tahun dulu. Dia buka balik modul dan buku diberikan dan melihat semula catatan
motivasi yang pernah dicatatkan dulu.
Ketika
itu, imbasan peristiwa masuk ke kursus selama dua hari kembali segar dalam
ingatannya. Masih terngiang-ngiang suara lantang saya di te-linganya. Dia
berdiri di depan cermin dan bercakap kuat-kuat: “Aku percaya aku boleh!”
di-sebut berulang kali. Apa yang saya suruh dia lakukan dulu dilakukannya
semula kali ini.
Dia
teringat pesan motivasi saya: “Tidak kira sama ada mahu merangkak, berjalan
atau berlari, yang penting jangan berhenti!” Dia juga teringat pesan saya agar
usah lupa solat hajat dan berdoa, ketika itu masa sudah pun hampir jam empat
pagi.
Lalu dia
terus lakukan solat hajat dan berdoa. Ketika itu tangisan tidak mampu ditahan,
dia rebah sujud, mengadu dan pasrah di hadapan Allah. Itulah doa yang paling
khusyuk dalam hidupnya hingga akhirnya dia terasa kedamaian dan ketenangan.
Dengan
kehendak Allah dia ditawarkan masuk ke tingkatan enam dan peluang itu tidak
dilepaskannya. Sehari sebelum masuk ke tingkatan enam, sekali lagi dibukanya
buku modul MAP itu.
Ternampak
olehnya tulisan saya: “Work Very Hard, Work Very Hard, Work Very Hard”. Entah
bagaimana, datang satu semangat luar biasa. Ketika itu dia teringat cerita saya
mengenai kisah kehidupan masa lampau saya bagaimana daripada seorang anak yatim
dan miskin, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, akhirnya berjaya.
Cerita
ini memberikannya inspirasi. Dibeleknya lagi buku modul MAP itu dan kali ini
dia nampak kisah Abdul Halim yang kudung kedua kaki dan tangannya sejak kecil
namun akhirnya masuk universiti dan keluar sebagai akauntan hingga memiliki
firma perakaunan sen-diri.
Semua
kisah-kisah kejayaan ini larut dalam mindanya hingga dia akhirnya nekad untuk
berubah dan menjadi orang baru.
Segala-galanya
berubah selepas itu. Dia baca semula strategi belajar yang diajarkan dalam
kursus seperti membuat nota berkesan, peta minda, teknik memberikan tumpuan,
teknik menyoal dan strategi mengulangkaji berkesan.
Akhirnya,
dia berjaya dalam STPM dan sekarang berada di tahun akhir bidang perundangan di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kisah ini
menarik kerana perubahan yang berlaku bukannya drastik yang biasa ditunjukkan
pelajar lain. Sebaliknya, dengan keadaan keluarganya, sifat negatif guru dan
rakan terhadapnya, keputusan peperiksaannya, semua-nya tidak menyebelahi dan
menyokong kemahuannya untuk berjaya.
Di mana
agaknya anak itu sekarang jika ibu bapa-nya tidak pernah mema-sukkan anak itu
dalam program motivasi?
Ibu
bapanya mungkin kurang cemerlang dalam menangani masalah dan kerenah anaknya
namun mereka bertindak cemerlang apabila membuat keputusan berkorban sedikit
wang dan mema-sukkan anaknya dalam program motivasi.
Pengorbanan
yang kecil itu meninggalkan bekas yang mendalam.
Anak ini
mungkin terlambat menyedari kebaikan program motivasi yang dihadirinya tapi
tanpa input dan bekalan ilmu diperolehnya, pasti sukar untuk dia bangkit
daripada kegagalan.
Semuanya
berlaku de-ngan izin dan percaturan Allah. Tiada satu pun yang berlaku secara
kebetulan. Namun, sebagai hamba Allah, kita mempunyai pilihan untuk mencorak
kehidupan dan menikmati kejayaan.
Sebab
itulah anak-anak perlukan kata-kata semangat, dorongan, cerita kejayaan,
bimbingan dan panduan dalam hidup mereka.
Usah
bimbang jika lambat nampak perubahan sebab memasukkan anak ke program motivasi
adalah satu usaha.
Terus
doakan mereka dan percayalah, setiap ilmu yang anak peroleh dalam program
sebegini kekal dalam dadanya.
Dengan
memasukkan anak-anak ke program motivasi, ibu bapa akan dapati anak-anak mereka
lebih bersedia berbanding pelajar lain.
Adalah
lebih mudah bagi mencipta kejayaan apabila kita ada mentor, tahu cara dan
rahsianya. Ibu bapa yang banyak menyemai pasti akan banyak me-nuai. Yang banyak
berkorban pasti akan menikmati saat-saat kegembiraan.
Hubungi
MAP di talian 03-22734622, 016-5580719, 05-3134622, 016-5580619 atau layari
laman web, www.laman-map.com untuk maklumat lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan