PERSEPSI
negatif sering dilemparkan kepada mamalia malang ini yang hakikatnya di landa
kepupusan terutama di negara Asia.
Dianggap
ganas, liar dan berbahaya, Gajah Asia hanya wujud di 13 negara termasuk
Malaysia selain Indonesia, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Thailand, China,
Bangladesh, Bhutan, Nepal, India dan Sri Lanka.
Sehingga
kini, hanya ada 30,000 hingga 50,000 gajah liar Asia.
Menerusi
program inventori dan pemantauan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
Negara (PERHILITAN) dengan kerjasama Wildlife Conservation Society (WCS)
Malaysia, ada 1,220 hingga 1,680 gajah di Semenanjung Malaysia.
Kumpulan
Pakar Gajah Asia IUCN/SSC dan WCS, Dr Simon Hedges berkata, beberapa ancaman
utama terhadap Gajah Asia menyumbang kepada kepupusan mamalia ini.
“Faktor
ancaman merangkumi kehilangan habitat asal gajah, konflik antara gajah dan
manusia (HEC), pembunuhan haram selain peningkatan populasi penduduk.
“Masalah
itu wujud kerana halangan melakukan usaha pemuliharaan termasuk kekurangan
pemantauan saintifik, tiada kesungguhan campur tangan politik dan dana yang
tidak mencukupi.
“Namun,
konflik gajah-manusia adalah ancaman utama kepada kedua-dua hidupan itu,”
katanya.
Kes
terbaru di Kluang pada November 2012 membabitkan Toh Sam Yit, 79, yang ditemui
mati terbaring dengan kepala berlumuran darah akibat dipijak sekumpulan gajah.
Ladang
kelapa sawit di sekitar perkampungan Orang Asli Kampung Punan yang bersempadan
dengan Kluang-Mersing antara habitat dan laluan gajah liar untuk mencari
makanan.
Sebelum
itu, pada Mac 2012, Harian Metro melaporkan seorang kakitangan Perhilitan
nyaris terbunuh apabila seekor gajah menyerangnya di Kampung Jelung, Setiu.
Mohd Noor
Abdullah, 58, patah lima tulang rusuk dan cedera di bahagian muka selepas
tercampak disondol gajah berkenaan.
Mangsa
yang berkhidmat selama 40 tahun bersama empat anggota lain menjalankan operasi
menangkap gajah liar selepas mendapat maklumat daripada penduduk di kampung
terbabit.
Pada masa
yang sama, Perhilitan Kelantan turut menerima 105 aduan mengenai ancaman gajah
liar di seluruh negeri ini bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu.
Kedua-dua
insiden ini menunjukkan wujudnya konflik gajah-manusia akibat perluasan kawasan
hutan sama ada untuk pertanian atau pembangunan.
Justeru,
pelbagai akta, pelan dan perbincangan harus dikaji semula agar mamalia itu
bukan saja dilindungi malah mendapat penghormatan.
Antaranya
Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 201 (Akta 716), Pelan Strategik Jabatan
Perhilitan 2010-2015, Pelan Pengurusan Gajah di Semenanjung Malaysia 2006,
Manual Tangkapan Gajah 2006 dan Pelan Tindakan Pengurusan Konflik
Manusia-Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia 2010-2015 bagi melindungi hidupan
liar ini yang di ambang kepupusan.
Menerusi
bengkel National Elephant Conservation Action Plan (NECAP) di Kuala Gandar,
Pahang baru-baru ini, seramai 70 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, badan
berkanun, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar
dalam bidang ini dihimpunkan.
Penyertaan
yang julung kali itu bagi membincangkan beberapa masalah membabitkan mamalia
terbesar ini sekali gus mencari pendekatan bagi memastikan populasi gajah di
Semenanjung Malaysia diurus sebaiknya.
“Pembangunan
yang semakin pesat dalam negara menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara mengkaji semula Pelan Pengurusan Gajah yang diterbitkan pada 2006.
“Pelan
terbabit yang digunakan selama tujuh tahun di semak semula dengan mengambil kira
impak pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS)
terhadap pengurusan gajah,” kata Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar),
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Abdul Rahim Nik.
CFS
bertujuan mengekalkan kawasan berhutan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan
biodiversiti menerusi penyambungan empat kompleks hutan utama di Semenanjung
Malaysia.
Kompleks
hutan ini adalah habitat utama kumpulan gajah dan pelaksanaan pelan ini banyak
membantu konservasi gajah di negara ini.
Menurut–nya,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa mengambil inisiatif mengekalkan hubungan
saling memerlukan antara hidupan liar dan hutan simpan dalam lingkungan CFS.
Bengkel
terbabit turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah II Jabatan Perlindungan Hidupan
Liar dan Taman Negara, Dr Zaaba Zainol Abidin dan Ketua Pengarah PERHILITAN,
Datuk Abd Rasid Samsudin.
Adalah
menjadi kesalahan jika menembak, membunuh atau memiliki sebahagian daripada
anggota gajah.
Jika
bersalah, seseorang itu boleh didenda maksimum RM100,000 atau tiga tahun
penjara.
Jika ia
gajah betina, denda maksimum ialah RM300,000 atau 10 tahun penjara atau
kedua-duanya sekali. Bagi gajah yang tidak matang denda maksimum RM200,000 atau
10 tahun penjara atau kedua-duanya.
Kesalahan
mencedera, menzalimi atau mengurung gajah dalam kandang boleh didenda maksimum
sehingga RM50,000 atau setahun penjara. Jika mendatangkan kemarahan atau
kecederaan kepada gajah, pesalah boleh didenda sehingga RM30,000 atau setahun
penjara.
Selain
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang yang
ditubuh pada 1989, permasalahan gajah liar turut ditangani pelbagai agensi
seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pertanian dan
Asas Tani, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa, Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO), Majlis Persijilan
Kayu Malaysia (MTCC), Mykasih Foundation serta Universiti Nottingham Malaysia,
Pengurusan dan Ekologi Gajah Malaysia (MEME).
INFO
GRAFIK:
Terdapat
dua spesis gajah iaitu Gajah Afrika (Loxodonta Africana) dan Gajah Asia
(Elephas Maximus).
Gajah
adalah mamalia daratan terbesar yang masih hidup sehingga kini.
Gajah
jantan Afrika mencapai ketinggian sehingga empat meter dan berat dari 4,700
hingga 6,048 kilogram.
Gajah
betina Asia tidak mempunyai gading berbanding gajah jantan Asia.
Mamalia
ini boleh hidup sehingga mencecah usia 70 ke 80 tahun secara keseluruhannya.
Namun, akibat pelbagai ancaman di dalam hutan, usia gajah dikatakan hanya boleh
bertahan sehingga 60 tahun.
Gajah
bernama Sanum berumur 7 tahun diselamatkan di Sungai Siput, Perak. Ketika
ditemui ekornya tiada dan badannya luka akibat digigit dan di cakar harimau.
Selendang
juga berumur 7 tahun ditemui di Rompin, Pahang. Ia diselamatkan dalam keadaan
kakinya mempunyai luka yang dalam akibat terkena jerat di hutan.
Kedua-dua
gajah sub dewasa ini dibawa ke PKGK pada 2007 agar membantu kelansungan hidup
anak gajah ini yang ditinggalkan keluarga.
ANTARA
KES SERANGAN GAJAH
1)
Seorang pelancong wanita dari Australia, Jenna OGrady Donley, 26, meninggal
dunia apabila diserang gajah jantan di Mud Lipad Vulcano, berhampiran Kawasan
Perlindungan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu, Sabah pada 7 Disember 2011.
Dalam
kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Jenna OGrady Donley, 26, mati
di tempat
kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di perut akibat ditusuk gading
gajah selepas dipercayai disondol berkali-kali haiwan itu.
Bagaimanapun,
seorang lagi rakan mangsa yang juga wanita berusia 25 tahun dan pemandu
pelancong lelaki, terselamat selepas melarikan diri ke laluan utama
di Tabin.
2)
Seorang kakitangan Perhilitan Terengganu, Mohd Noor Abdullah, 58, yang bersara
November tahun lalu nyaris maut apabila gajah liar yang cuba ditangkapnya di
Kampung Jelung, Setiu, Terengganu pada 1 Mac 2012 naik minyak dan menyerangnya
serta empat rakan.
Peristiwa
itu adalah kenangan paling pahit sepanjang 40 tahun berkhidmat dengan
Perhilitan. Mohd Noor cedera parah di muka dan badan serta patah lima tulang
rusuk dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
3)
Seorang warga emas, Toh Sam Yit, 79, dari Taman Lian Seng, Kluang, Johor
meninggal dunia selepas diserang gajah liar di kebun sawitnya berhampiran
Kampung Orang Asli Punan, Kahang, Kluang.
Mangsa
yang cedera parah ditemui beberapa penduduk Orang Asli kampung itu, kira-kira
jam 6.30 petang pada 26 September 2012.
Artikel
ini disiarkan pada : 2013/01/24
Tiada ulasan:
Catat Ulasan