Seri Paduka menyampaikan anugerah Perdana Maulidur Rasul
kepada Datuk Seri Anis Abot pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan
di Masjid Putra Putrajaya.
Seri Paduka mahu rakyat buang budaya fanatik
Putrajaya: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam
Shah, mengajak umat Islam mengamalkan kesederhanaan dan keseimbangan atau
wasatiyah yang berupaya membuang tabiat buruk dan budaya fanatik.
Seri Paduka bertitah, ini adalah asas dalam ajaran Islam serta
pendekatan yang digunakan Rasulullah dalam beramal.
Budaya toleransi
Titahnya, melalui wasatiyah juga Nabi Muhammad SAW
menggantikan tabiat buruk dengan budaya toleransi dan memahami antara satu sama
lain, selain mengikis sifat cuai dan abai terhadap amanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan