Sungai Siput: Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila
seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2
kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di
Gerik, Perak.
Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang
didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang
ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .
Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang
berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.
Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia
memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya
menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.
Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar
yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di
sini, lebih 10 tahun lalu.
“Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah
sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah
berat hampir 1.8 kg.
LOW menunjukkan katak diperoleh dari hutan Gerik, baru-baru
ini.
“Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai
yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak
berkenaan bergerak-gerak,” katanya.
Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan
memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.
“Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan
Januari,” katanya ketika ditemui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan