NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Khamis, 15 November 2012

KONVOKESYEN TAHUN 6

Murid-murid cikgu sekalian,
Pada hari Khamis iaitu 8 November 2012, SKTM (1) KLUANG, telah mengadakan Konvokesyen Tahun 6 di Dewan SKTM (1). Seramai 113 orang murid-murid tahun 6 telah terlibat di dalam majlis tersebut. Majlis ini telah biasa dilakukan sebagai menandakan tamatnya persekolahan murid-murid tersebut selama enam tahun di peringkat sekolah rendah. Tahniah kepada murid-murid yang telah berjaya menamatkan selama enam tahun di peringkat sekolah rendah. 








     Pada hari Isnin iaitu 19 November 2012 keputusan UPSR akan diumumkan dan cikgu berdoa anak-anak murid cikgu berjaya dan lulus dengan cemerlang. Apa pun keputusan yang anak-anak cikgu dapat nanti, bersyukur dan teruskan usaha dengan bersungguh-sungguh di peringkat menengah nanti ya.  Selamat berjaya dan jadikan diri anak-anak cikgu begitu berharga kepada keluarga, bangsa dan negara kita Malaysia.
     Jumpa nanti pada hari Isnin nanti ya...

5 ulasan:

  1. Tahniah cikgu kepada semua anak-anak murid cikgu Tahun 6...Tingkatkan usaha dan ubah prestasi anda untuk matlamat yang 1...terima kasih :)

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu!! Blog yang menarik,terima kasih atas perkongsian bersama..

    BalasPadam