NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Isnin, 19 November 2012

MARI PERGI BERCUTI

Bertemu sekali lagi ya anak-anak murid cikgu Jehan yang disayangi yang berada di seluruh pelusuk Malaysia.
     Apa khabar semua pagi ini? Dah bersarapan... cikgu harap semua sihat dan tentu ramai yang sedang bercuti dalam negara kita sekarang ni ya. Ada yang ke Kuala Lumpur, balik kampung di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan ada yang cikgu lihat dalam facebook cikgu anak-anak cikgu ke Australia dan Thailand. Teruskan percutian murid-murid ya tapi jangan lupa siapkan modul yang telah diberikan pada hari terakhir persekolahan 2012 tu.

    Dalam laman ini sekali lagi cikgu hendak memuatnaik gambar-gambar tempat yang menarik untuk kita pergi bercuti. Tempat-tempat tersebut semuanya di dalam Malaysia. Murid-murid hendak tahu banyak tempat menarik dalam negara kita sebenarnya. Hargailah warisan negara kita dan kunjunglah murid-murid. Rugi kalau tak kunjungi tempat-tempat tersebut.

    Berikut adalah gambar-gambar tempat tersebut. Nikmatilah dan seterusnya carilah info tempat tersebut. Maklumat semua sekarang semuanya hanya di hujung jari kita saja. Rajin-rajinlah menimba ilmu dengan melayari internet....

i) Pulau Langkawi...

 


ii)  Pulau Pinang



iii)  Kelantan




iv)  Terengganu

                   
                

    Baiklah anak-anak cikgu Jehan yang disayangi, cikgu hanya dapat mempamerkan tempat-tempat yang menarik hanya di empat buah negeri dalam Malaysia. Esok cikgu akan memuatnaik lagi negeri yang lain dan tempat-tempat tersebut.

    Bertemu lagi esok ya dan jangan lupa tinggalkan komen setelah membaca info ini. Terima kasih semua... 

11 ulasan:

  1. Semua tempat tu memang menarik. Ada peluang dan ruang... Pergilah ke sana...Cuti-cuti Malaysia!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Zanainah....cuti kena ambil kesempatan untuk betul2 bercuti ya...

      Padam
    2. bestnyer,rasa mcm nak pegi je :)

      Padam
    3. CUTI PJG NI MCM NAK BALIK PULAU PINANGLAH SURAYA TAPI ENCIK ABANG TAK ADA CUTI SEBAB SEMUA ORG NAK BERCUTI HUJUNG TAHUN...ENJOY YOUR TIME IN PULAU PINANG DEAR...SELAMAT BERCUTI KIRIM SALAM SEMUA KELUARGA YA....

      Padam
  2. terima kasih info percutian ini...rasa macam nak pergi pulak bawa anak2 berjalan cuti2 ni...

    BalasPadam
  3. Menarik.Blog cantik dan perisian padat serta memberi manafaat kepada pelajar dan pengunjung blog.Tahniah diucapkan kepada cikgu.

    BalasPadam
  4. Tahniah, Kak Jehan. Laman blog yang menarik dan bermaklumat. Canggihlah!

    BalasPadam
  5. Tahniah, Kak Jehan. Laman blog yang menarik dan bermaklumat. Canggihlah!

    BalasPadam