NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Khamis, 15 November 2012

PERHIMPUNAN TERAKHIR PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

Murid-murid sekalian,
Bertarikh 9 November 2012 iaitu di pagi Jumaat penghulu segala hari, semua murid-murid SKTM 1 telah berada di tapak perhimpunan sekolah. Ini bertujuan untuk mendengar amanat terakhir persekolahan bagi tahun 2012 daripada guru besar, Encik Sulaiman bin Salleh. Murid-murid mendengar dengan penuh perhatian amanat tersebut.


     Dalam amanat tersebut, guru besar meminta murid-murid menjaga keselamatan diri, mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan modul cuti sekolah yang telah diberikan kepada murid-murid tahun 3, tahun 4 dan tahun 5. Di perhimpunan terakhir tersebut guru besar telah menyampaikan cenderamata kepada guru-guru yang berupa sepasang kain bercorak. 

   Baiklah murid-murid yang cikgu sayangi semua, jangan lupa ya untuk siapkan modul cuti sekolah tersebut dan mintalah ibu bapa untuk menyemak hasil kerja murid-murid ya.

   Jumpa lagi esok sebab cikgu akan memuatkan dalam laman blog cikgu, pengalaman percutian di Kuala Lumpur ni.... 

 

3 ulasan:

  1. jangan lupa ya....murid-murid tolong hargai masa lapang di cuti sekolah ini dgn menyiapkan modul2 tu ya....tkasih

    BalasPadam
  2. Murid-murid Cikgu sangat berdisiplin!

    BalasPadam