NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Ahad, 18 November 2012

RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

Murid-murid cikgu Jehan yang disayangi sekalian,    
          Pada hari Sabtu iaitu 17 November 2012, Cikgu Jehan dan keluarga cikgu telah berkesempatan ke Istana Negara, Jalan Duta untuk menambahkan pengetahuan mengunjungi Istana Negara tersebut. Murid-murid sedia maklum bahawa istana tersebut merupakan bekas kediaman rasmi Yang Dipertuan Agong telah diadakan pameran dan info Yang Dipertuan Agong yang pertama sehinggalah sekarang. Cikgu Jehan begitu teruja dan gembira kerana dapat melihat pameran tersebut. Ini adalah kunjungan cikgu yang kedua selepas tahun 2005 di mana cikgu mengiringi suami cikgu menerima pingat daripada Yang Dipertuan Agong yang ke sebelas. Akan tetapi kali ini cikgu membawa semua ahli keluarga cikgu menghayati dan merasai suasana dalam istana iaitu ketika di dalam balai rong seri yang banyak berlaku peristiwa yang menarik. 

          Di sini cikgu memuatnaik gambar-gambar yang cikgu rakamkan ketika lawatan tersebut. Cuti sekolah masih panjang lagi jika anak-anak murid cikgu Jehan ke Kuala Lumpur jangan lepaskan peluang melawat Istana Negara Jalan Duta dan mengunjungi Pameran Raja Kita ya.
















Baiklah murid-murid cikgu Jehan sekalian, gambar yang terakhir itu ialah gambar ahli keluarga cikgu selepas lawatan kami tamat dan berkesempatan bergambar di pintu masuk balai rong seri.Untuk pengetahuan murid-murid,  ini adalah cerita pengalaman cikgu melawat pameran Raja Kita tersebut. Seterusnya, cikgu akan memuatnaik gambar-gambar dan menceritakan pengalaman lawatan kita di Kuala Lumpur seperti yang cikgu janjikan itu.
Akhir kata, Raja Kita dan Rakyat berpisah tiada dengan lawatan tersebut. Jumpa lagi esok...

9 ulasan:

  1. terima kasih kerana membaca dan mencatatkan komen/ulasan anda di post blog cikgu Jehan...Budi baik anda Allah membalasnya....

    BalasPadam
  2. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH , JANGAN ADA LAGI MANUSIA SEPERTI SI KITOL dan RAJA MADELIAR YG MENJADI PEMBELOT DI TANAHAIR KITA LAGI. KETUANAN MELAYU MESTI DAN AKAN DI PERTAHANKAN, TAAT SETIA PATIK KEATAS RAJA RAJA MELAYU TIDAK AKAN BEBELAH BAGI.. DAULAT TUANKU !

    BalasPadam
    Balasan
    1. YA LAH BROTHER IS...SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA JUNJUNGLAH KETUANAN RAJA MELAYU...DAULAT TUANKU...BROTHER IS TERIMA KASIH KOMEN...PLS KOMEN POST YG LAIN OK...SALUTE BROTHER!

      Padam
  3. menarik sgt kerana dpt melihat gmbr2 di istana negara ni,tak semua org berpeluang ke sana tp dh dpt tgk gmbr kat cni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ADA PAMERAN RAJA KITA SEHINGGA AKHIR BULAN NI...ADA MASA GI KL JGN LUPA MELAWAT YA...

      Padam
  4. Bagus maklumat temapat sejarah ni.

    BalasPadam