NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Isnin, 19 November 2012

UPSR OH UPSR!

Murid-murid Cikgu Jehan sekalian.
     Hari ini alhamdulillah cikgu berasa sangat gembira dan bangga dengan pencapaian keputusan UPSR yang diumumkan pada hari ini 19 November 2012. Bukan sahaja 25 orang mendapat 5 A akan tetapi peningkatan peratus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu sebanyak 99.25% bagi kedua-dua kertas Bahasa Melayu tersebut. Hanya seorang sahaja yang tidak lulus bagi kertas BM 011 dan 012.
     
     Cikgu ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada 131 orang calon UPSR 2012 dan cikgu Hjh. Saudah Nassiman, Hjh. Noor Jehan Mustapa, cikgu Taslimah Sekin dan cikgu Hanizah Abdullah dengan kejayaan dan keberkatan guru-guru menyampaikan ilmu kepada semua calon UPSR tersebut.







    Pesanan cikgu Jehan kepada anak-anak murid cikgu semua iaitu kepada 131 orang ini agar terus belajar dengan melipatgandakan usaha dan doa untuk meraih kejayaan di sekolah menengah nanti. Jaga jati diri dan pandai pilih kawan di sekolah menengah nanti ya....Rajin usaha tangga kejayaan!

    Kepada anak-anak murid cikgu yang akan menghadapi UPSR pada tahun 2013 jadikan kejayaan abang dan kakak kamu ini sebagai penyuntik semangat kepada kamu ya!

    Jumpa lagi esok dengan pelbagai info dan peristiwa yang menarik.    

5 ulasan:

  1. TAHNIAH DAN TERUSKAN KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN AKADEMIK DI TANGGA YANG MULA MENINGGI UNTUK DIDAKI...KEJAYAAN PERTAMA INI JADIKAN BATU LONCATAN UNTUK MERAIH KEJAYAAN YANG SETERUSNYA BUKAN HANYA SETAKAT MATA TANGGA YANG PERTAMA INI..INGAT JANGAN LUPA YA ANAK-ANAK MURID CIKGU JEHAN YANG DISAYANGI....

    BalasPadam
  2. Waduh, waduh Kak Jehan, hebatnya! Tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih adikku! Jasa baik Cikgu Rokiah dalam menyampaikan ilmu dan menyuntik semangat serta kelas tambahan kepada murid-murid tahun 6 juga dihargai oleh yang utama di atas sana! Amin....

      Padam