NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Ahad, 9 Disember 2012

BAHAGIAN B : TEKNIK MENULIS KARANGAN UCAPAN

Salam 1 Malaysia dan berjumpa lagi ya murid-murid Cikgu Jehan yang disayangi. 




     Hari ini cikgu memberikan murid-murid tips atau teknik yang mudah untuk menulis karangan jenis ucapan. Cikgu berharap murid-murid dapat menggunakan teknik yang cikgu berikan nanti untuk membuat tugasan yang akan cikgu berikan pada hari ini.

Bahagian B : Teknik Menulis Karangan Jenis Ucapan.

Teknik Kata Kunci : Ucapan tahniah

HURUF
MAKSUD
Ka
Kata alu-aluan
Sem
Kesempatan
Sa
Sapaan
Tu
Tujuan majlis
S
Saya ucap tahniah
U
Ucap tahniah kepada jurulatih
H
Harapan
P
Penghargaan
(p)
 Pantun
Kalau sempat saya tulis surat untuk hari perpisahan (pantun)


Soalan:

Baru-baru ini rakan anda telah memenangi tempat pertama Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia peringkat negeri . Sekolah anda telah mengadakan majlis untuk meraikan kejayaannya. Selaku Ketua Murid, anda diminta untuk menyampaikan ucapan kepadanya.
Tulis ucapan itu selengkapnya.

1.     Kata alu-aluan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, yang diraikan Saudara Ahmad Kamal bin Omar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Nota: TPM,TGB,……,gg ,rr

2.     Kesempatan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi  kesempatan kepada saya untuk berucap pada hari ini.

3.     Sapaan
Sidang hadirin sekalian,
Hadirin yang dihormati,
Para tetamu yang dihormati,

4.     Tujuan majlis
Sebagaimana yang kita maklum, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan sahabat kita iaitu Saudara Ahmad Kamal  Omar. Saudara Ahmad Kamal telah mengharumkan nama sekolah kita di peringkat negeri Johor. Beliau telah memenangi tempat pertama.

5.     Saya ucap tahniah
Saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan tahniah kepada saudara atas kejayaan yang dikecapi.

6.     Ucap tahniah kepada jurulatih
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Diana Yusuf selaku jurulatih Saudara Ahmad Kamal yang bertungkus-lumus melatih sahabat kita sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.

7.     Harapan
Harapan saya agar Saudara Ahmad Kamal terus mencapai kejayaan dan menjuarai pertandingan bercerita peringkat kebangsaan pula. Kami sentiasa mendoakan kejayaan saudara.

8.     Penghargaan
Sekian ,saya akhiri ucapan saya dengan terima kasih.
Sekian,saya akhiri ucapan saya dengan seranngkap pantun,

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Semoga saudara mendapat nombor satu,
Dalam pertandingan peringkat kebangsaan.


Tulis dalam bentuk karangan biasa.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, yang diraikan Saudara Ahmad Kamal bin Omar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis kerana memberi  kesempatan kepada saya untuk berucap pada hari ini.

Sidang hadirin sekalian,

Sebagaimana yang kita maklum, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan sahabat kita iaitu Saudara Ahmad Kamal  Omar. Saudara Ahmad Kamal telah mengharumkan nama sekolah kita di peringkat negeri Johor. Beliau telah memenangi tempat pertama.

Saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan tahniah kepada saudara atas kejayaan yang dikecapi.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Diana Yusuf selaku jurulatih Saudara Ahmad Kamal yang bertungkus-lumus melatih sahabat kita sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.

Harapan saya agar Saudara Ahmad Kamal terus mencapai kejayaan dan menjuarai pertandingan bercerita peringkat kebangsaan pula. Kami sentiasa mendoakan kejayaan saudara.

Sekian,saya akhiri ucapan saya dengan seranngkap pantun,

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Semoga saudara mendapat nombor satu,
Dalam pertandingan peringkat kebangsaan.


Tugasan hari ini :-

Kamu telah dilantik sebagai ketua kelas oleh rakan-rakan kamu. Guru kelas telah meminta kamu untuk menyampaikan ucapan. Tulis ucapan kamu selengkapnya.


Baiklah murid-murid, gunakan teknik yang telah diberikan di atas tadi untuk menulis karangan yang lengkap berdasarkan tajuk yang diberikan. 

Usaha tangga kejayaan dan alah bisa tegal biasa. Cuba sehingga jaya. Terima kasih dan jumpa lagi esok...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan