Salam 1 Malaysia buat murid-murid cikgu Jehan. Bersemangat hari ini ya! Masih ingat latihan yang cikgu berikan semalam. Semalam cikgu berikan petikan cerita rakyat tetapi hari ini cerita dari luar negara pula. Jom, kita baca dan fahami petikan cerita luar negara dan seterusnya membuat latihan yang cikgu berikan ini.
CERITA LUAR NEGARA
Suatu masa dahulu, Singapura memang aman dan
makmur. Pedagang dari pelbagai pelosok datang berurusan di Singapura .
Keamanan itu tidak kekal lama. Bencana telah
menimpa Singapura. Rakyatnya ketakutan. Nelayan tidak turun ke laut lagi.
Penduduk yang tinggal di tepi pantai banyak yang mati atau cedera tertusuk
oleh muncung ikan todak.
Akibat
serangan ikan-ikan todak yang entah dari mana datangnya , negeri itu menjadi
huru-hara . Raja Singapura sangat
dukacita. Tanpa berfikir panjang
, baginda menitahkan rakyat berkubukan betis.
Perbuatan itu telah menyebabkan lebih banyak rakyat yang tidak berdosa
terkorban. Hang Nadim terfikir sesuatu untuk mengatasi masalah itu. Dia
menghadap raja lalu mencadangkan
batang-batang pisang dijadikan kubu.Raja bersetuju lalu mengarahkan
rakyatnya membuat kubu itu.
Apabila todak menyerang , semuanya terpacak pada batang pisang . Orang ramai pun memancung
ikan-ikan itu. Akhirnya semua ikan todak
mati.
Raja pun mula menyayangi Hang Nadim . Hal ini
menyebabkan para pembesar berasa iri hati . Mereka berpakat hendak melenyapkan
Hang Nadim. Mereka menaburkan
fitnah kepada Raja Singapura dengan menyatakan
bahawa Hang Nadim akan merampas tahta baginda
apabila dewasa kerana dia bijak.
Raja
Singapura termakan hasutan itu. baginda
telah mengarahkan supaya Hang Nadim
dicampakkan ke laut dengan badannya diikat rantai besi. Kejadian tersebut menyebabkan rakyat kesal dan
sedih. mereka kesal kerana raja tidak bertimbang rasa. Mereka
menangisi kematian Hang Nadim yang telah
menyelamatkan nyawa mereka.
A. Jawab soalan kefahaman berikut :
1. Para nelayan tidak turun ke laut
kerana_____________________________
2. Bagaimanakah perasaaan pemerintah
Singapura apabila todak bermaharajalela ?
3. Apakah sifat yang ada pada Hang Nadim?
4. Apakah tujuan kubu batang pisang di bina
di pantai ?
5. Mengapakah pembesar Singapura menabur fitnah terhadap Hang Nadim ?
6. Adakah anda bersetuju atau tidak
bersetuju dengan tindakan Raja Singapura
.
Berikan alasannya ______________________
B. Tuliskan perkataan seerti bagi perkataan
yang bergaris di atas.
Bil
|
Perkataan
|
Perkataan seerti
|
1
|
|
|
2
|
|
|
3
|
|
|
4
|
|
|
5
|
|
|
6
|
|
|
7
|
|
|
8
|
|
|
9
|
|
|
10
|
|
|
C. Bina ayat
sendiri daripada perkataan di
atas.
1.___________________________________________________________________
2.___________________________________________________________________
3.___________________________________________________________________
4.___________________________________________________________________
5.___________________________________________________________________
6.___________________________________________________________________
7.___________________________________________________________________
8.___________________________________________________________________
9.___________________________________________________________________
10. ____________________________________________________________________
D. Daripada cerita tersebut, beberapa
nilai/pengajaran yang dapat anda
peroleh.
Senarai berdasarkan pemahaman anda.
1.___________________________________________________________________
2.___________________________________________________________________
3.___________________________________________________________________
4.___________________________________________________________________
5.___________________________________________________________________
E. Tuliskan nilai/pengajaran yang terdapat dalam petikan dalam satu
perenggan
_____________________________________________________________________

F. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan
pepatah yang sesuai.
·
orang
lain yang makan nangka , orang lain yang kena getah
·
ringan
tulang, beratlah perut
·
ke
tengah boleh, ke tepi pun boleh
·
buang
yang keruh, ambil yang jernih
·
hutang
emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
1. Kita tidak akan kesusahan jika selalu
berusaha kerana
_____________________________________________
2. Puan Ani menghargai kebaikan orang ramai
yang menghulurkan derma untuk membiayai kos pembedahan anaknya. Baginya
_____________________________________________
3. Murid baru itu mudah bergaul dan bermesra
dengan sesiapa saja. Pendek kata,
______________________________________________
4. Kedua-dua sahabat yang berselisih faham
itu berbaik-baik kembali. Mereka bersikap
______________________________________________
5. `` Siasatlah perkara itu betul-betul
sebelum menjatuhkan hukuman. Jangan nanti
______________________________________________,”
kata Cikgu.
G. Fahamkan akan maksud peribahasa `` Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih”?
H. Berdasarkan
pemahaman anda,tuliskan suatu cerita ringkas yang dapat dikaitkan dengan maksud peribahasa tersebut.
Terima kasih!
banyak latihan yang berkaitan dgn petikan...menarik!
BalasPadam