Salam 1 Malaysia buat murid-murid cikgu. Sudah tengok slideshares di atas berkaitan topik kita hari ini. Ya, tepat sekali hari ini kita hendak belajar " KATA ARAH". Di sini cikgu merakamkan terima kasih kepada Nur Ain Mohd. Amin yang telah menyumbangkan slideshares di atas.
Di halaman cikgu ini, cikgu akan menjelaskan lebih lanjut lagi penggunaan kata arah yang tepat dan murid-murid boleh juga merujuk di sini. Seterusnya buatlah latihan berikut selepas nota tersebut.
KATA ARAH
Kata arah ialah bentuk kata yang menunjukkan kedudukkan sesuatu tempat atau benda.
Kata Arah
|
Contoh
|
Atas
|
Monyet itu pantas panjat ke atas pokok kelapa.
|
Antara
|
Rokiah berdiri di antara Zalifah dan Syafiyah.
|
Bawah
|
Siputih kucing kesayangan ibu itu tidur di bawah meja makan.
|
Belakang
|
Zara berdiri di belakang ayahnya dengan senyap.
|
Dalam
|
Ahmad berlari masuk ke dalam rumah.
|
Depan
|
Cikgu Jehan mengajar di depan kelas.
|
Hadapan
|
Sekolah saya di hadapan rumah Cikgu Rahman.
|
Hujung
|
Padang bola ituterletak di hujung kampung itu.
|
Kanan
|
Kaki kanannya patah akibat jatuh dari basikal petang semalam.
|
Kiri
|
Salmiah menulis dengan tangan kiri.
|
Luar
|
Cikgu Rokiah mendenda Fatimah berdiri di luar kelas kerana bising.
|
Penjuru
|
Fatimah menyusun pasu bunga di penjuru halaman rumah.
|
Samping
|
Kamilia berdiri di samping Iqram dengan sabar.
|
Tepi
|
Ayah saya memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membeli jagung bakar.
|
Timur
|
Matahari terbit dari timur.
|
Barat
|
Kami bercuti di pantai barat Semenanjung Malaysia.
|
Utara
|
Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.
|
Selatan
|
Kami ke arah selatan untuk pulang ke kampung berhari raya.
|
Sisi
|
Sarifah berdiri di sisi abangnya untuk melintas jalan raya yang sibuk itu.
|
Tugasan hari ini :-
PILIH KATA ARAH YANG PALING
SESUAI.
1.Pasukan
pengakap itu mendirikan khemah di_____________ pokok tembusu di tepi sungai.
A antara B atas C
luar D bawah
2.Pemenang
pertandingan itu diadili dari ____________ kepetahan dan kefasihan bertutur
dalam Bahasa Malaysia.
A segi B sisi
C dalam
D tengah
3.Mereka
membina kubu di___________tanah untuk melindungi diri daripada serangan musuh.
A bawah B antara
C sisi D hadapan
4.Negeri
yang digelar Jelapang Padi Malaysia terletak di_____________Semenanjung
Malaysia.
A barat B utara C
timur D selatan
5.Orang
ramai mula berasak-asak di________pintu masuk stadium itu.
A tepi B depan C
hujung
6.Kitab-kitab
lama itu disimpannya di__________para-para.
A atas B luar C bawah
7.Kipas
angin itu diletakkannya di________ bilik itu.
A tengah B timur C
penjuru
8.Anjing
itu sentiasa di____________tuannya yang
buta itu.
A belakang B
samping C hujung
9.Bot
nelayan itu kelihatan terapung-apung di__________laut.
A tengah B tepi C pinggir
10.”Jangan
buat bising di__________perpustakaan,” kata Cikgu Halim.
A luar B tengah C
dalam
Garisi kata arah yang sesuai
untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.
1.Jeti
di (tepi,hujung,luar,penjuru )tanjung itu akan ditutup buat sementara waktu
sehingga kerja membaikpulih selesai.
2.Azrul
cuba melastik seekor burung yang ada di(tengah,selah,sisi) dahan itu.
3.Halimah
menyimpan kunci itu di(dalam,penjuru,sudut) laci.
4.Rita
duduk di(sisi ,sudut,pinggir) ayahnya semasa menonton televisyen.
5.Keluarga
Encik Sulaiman sedang makan angin di(sudut,tepi,sisi) pantai.
6.Puan
Rosnah menanam pokok bunga di(sudut,tengah,hadapan)rumahnya.
7.Rumah
usang di(belakang,hadapan,hujung)kampung itu sudah lama tidak berpenghuni.
8.Terdapat
dua rumpun serai di(sudut,belakang,penjuru)rumah Mak Leha.
9.Kasut
itu disusun dengan kemas di(sudut,tengah,atas)rak kasut.
10.Dia
meletakkan sebuah bakul besar yang berisi mentimun
di(hujung,pangkal,antara,atas) batas.
Isikan tempat kosong dengan
kata arah yang sesuai.
1.Di_____________bilik
bacaan itu, terdapat sebuah mesin taip lama kepunyaan datuk.
2.Semasa
berada di___________Gunung Tahan, kami berpeluang melihat pemandangan matahari
terbit pada waktu pagi.
3.Pak
Abu sedang menebas lalang di____________rumahnya.
4.Kucing
Ashley ada di___________pokok rambutan.
5.”Jangan
bermain di___________parit itu, Airnya
dalam,”pesan ibu kepada Kamal.
6.Rumah
Cikgu Ali terletak di_____________ Pasar Raya Bintang.
7.Puan
Salmah meletakkan bakul kain basuh itu di_____________ampaian.
8.Rumah
banglo yang terletakdi_____________kampung itu kepunyaan Encik Solehin.
9.Alif
memasukkan kulit siput dan kerang itu ke ___________baldi.
10.Oleh
sebab cuaca redup, Siti menyidai kain di_____________rumah.
11.Saufi
menyorok di______________tiang supaya tidak ditemui oleh kakaknya.
12.Burung
kelicap itu telah membina sarangnya di__________ranting pokok itu.
13.Cikgu
Amran meminta Yaslina tampil ke______________untuk mendeklamasikan puisi.
14.Semua
kenderaan ke___________untuk memberi laluan kepada ambulans.
15.Dia
menoleh ke_______________apabila bahunya dicuit seseorang.
17.Adik
bermain basikal di__________rumah bersama kawan-kawannya.
18.Emak mengalihkan pasu bunga ke ____________dinding.
18.Emak mengalihkan pasu bunga ke ____________dinding.
19.Pak
Usop telah membina sebuah pancutan air di_____________halaman rumahnya.
20.Sara
sedang berteduh di_____________sebatang pokok yang rendang sambil membaca buku.
Terima kasih ya!
tahniah cikgu Jehan. Blog ini bukan seperti blog malahan saya dapati seperti membuka sebuah buku latihan/ modul yang lengkap! Ilustrasi yang menarik serta berinfotaimen...
BalasPadamALHAMDULILLAH TERIMA KASIH KERANA SETIA DGN BLOG SAYA
PadamASALAM KAK...JAWAPAN TIADA KE?
BalasPadamterima kasih cikgu. saya nak ambil ye
BalasPadam