NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Rabu, 12 Disember 2012

KATA ARAH


                      


Salam 1 Malaysia buat murid-murid cikgu. Sudah tengok slideshares  di atas berkaitan topik kita hari ini.  Ya, tepat sekali hari ini kita hendak belajar " KATA ARAH". Di sini cikgu merakamkan terima kasih kepada Nur Ain Mohd. Amin yang telah menyumbangkan slideshares di atas.

Di halaman cikgu ini, cikgu akan menjelaskan lebih lanjut lagi penggunaan kata arah yang tepat dan murid-murid boleh juga merujuk di sini. Seterusnya buatlah latihan berikut selepas nota tersebut.




KATA ARAH

Kata arah ialah bentuk kata yang menunjukkan kedudukkan sesuatu tempat atau benda.


Kata  Arah
Contoh
Atas
Monyet itu pantas panjat ke atas pokok kelapa.

Antara
Rokiah berdiri di antara Zalifah dan Syafiyah.

Bawah
Siputih kucing kesayangan ibu itu tidur di bawah meja makan.

Belakang
Zara berdiri di belakang ayahnya dengan senyap.

Dalam
Ahmad berlari masuk ke dalam rumah.

Depan
Cikgu Jehan mengajar di depan kelas.

Hadapan
Sekolah saya di hadapan rumah Cikgu Rahman.

Hujung
Padang bola ituterletak di hujung kampung itu.

Kanan
Kaki kanannya patah akibat jatuh dari basikal petang semalam.

Kiri
Salmiah menulis dengan tangan kiri.

Luar
Cikgu Rokiah mendenda Fatimah berdiri di luar kelas kerana bising.
Penjuru
Fatimah menyusun pasu bunga di penjuru halaman rumah.

Samping
Kamilia berdiri di samping Iqram dengan sabar.

Tepi
Ayah saya memberhentikan kereta di tepi jalan untuk membeli jagung bakar.

Timur
Matahari terbit dari timur.

Barat
Kami bercuti di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Utara
Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia.

Selatan
Kami  ke arah selatan untuk pulang ke kampung berhari raya.

Sisi
Sarifah berdiri di sisi abangnya untuk melintas jalan raya yang sibuk itu.



Tugasan hari ini :-

PILIH KATA ARAH YANG PALING SESUAI.
1.Pasukan pengakap itu mendirikan khemah di_____________ pokok tembusu di tepi sungai.
A   antara               B   atas            C   luar           D   bawah

2.Pemenang pertandingan itu diadili dari ____________ kepetahan dan kefasihan bertutur dalam Bahasa Malaysia.
A   segi                   B   sisi                C   dalam      D   tengah

3.Mereka membina kubu di___________tanah untuk melindungi diri daripada serangan musuh.
A   bawah              B   antara        C   sisi              D   hadapan

4.Negeri yang digelar Jelapang Padi Malaysia terletak di_____________Semenanjung Malaysia.
A   barat                B   utara            C   timur          D   selatan

5.Orang ramai mula berasak-asak di________pintu masuk stadium itu.
A   tepi                  B   depan           C   hujung

6.Kitab-kitab lama itu disimpannya di__________para-para.
A   atas                 B   luar                 C   bawah
7.Kipas angin itu diletakkannya di________ bilik itu.
A   tengah              B   timur            C   penjuru

8.Anjing itu  sentiasa di____________tuannya yang buta itu.
A   belakang         B   samping       C   hujung

9.Bot nelayan itu kelihatan terapung-apung di__________laut.
A   tengah              B   tepi               C   pinggir

10.”Jangan buat bising di__________perpustakaan,” kata Cikgu Halim.
A   luar                    B   tengah         C   dalam

Garisi kata arah yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1.Jeti di (tepi,hujung,luar,penjuru )tanjung itu akan ditutup buat sementara waktu sehingga kerja membaikpulih selesai.

2.Azrul cuba melastik seekor burung yang ada di(tengah,selah,sisi) dahan itu.

3.Halimah menyimpan kunci itu di(dalam,penjuru,sudut) laci.

4.Rita duduk di(sisi ,sudut,pinggir) ayahnya semasa menonton televisyen.

5.Keluarga Encik Sulaiman sedang makan angin di(sudut,tepi,sisi) pantai.

6.Puan Rosnah menanam pokok bunga di(sudut,tengah,hadapan)rumahnya.

7.Rumah usang di(belakang,hadapan,hujung)kampung itu sudah lama tidak berpenghuni.

8.Terdapat dua rumpun serai di(sudut,belakang,penjuru)rumah Mak Leha.

9.Kasut itu disusun dengan kemas di(sudut,tengah,atas)rak kasut.

10.Dia meletakkan sebuah bakul besar yang berisi mentimun di(hujung,pangkal,antara,atas) batas.

Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.

1.Di_____________bilik bacaan itu, terdapat sebuah mesin taip lama kepunyaan datuk.

2.Semasa berada di___________Gunung Tahan, kami berpeluang melihat pemandangan matahari terbit pada waktu pagi.

3.Pak Abu sedang menebas lalang di____________rumahnya.

4.Kucing Ashley ada di___________pokok rambutan.

5.”Jangan bermain di___________parit itu,   Airnya dalam,”pesan ibu kepada Kamal.

6.Rumah Cikgu Ali terletak di_____________ Pasar Raya Bintang.

7.Puan Salmah meletakkan bakul kain basuh itu di_____________ampaian.

8.Rumah banglo yang terletakdi_____________kampung itu kepunyaan Encik Solehin.

9.Alif memasukkan kulit siput dan kerang itu ke ___________baldi.

10.Oleh sebab cuaca redup, Siti menyidai kain di_____________rumah.

11.Saufi menyorok di______________tiang supaya tidak ditemui oleh kakaknya.

12.Burung kelicap itu telah membina sarangnya di__________ranting pokok itu.

13.Cikgu Amran meminta Yaslina tampil ke______________untuk mendeklamasikan puisi.

14.Semua kenderaan ke___________untuk memberi laluan kepada ambulans.

15.Dia menoleh ke_______________apabila bahunya dicuit seseorang.

16.Kereta api itu baru tiba dari ____________Semenanjung Malaysia.

17.Adik bermain basikal di__________rumah bersama kawan-kawannya.

18.Emak mengalihkan pasu bunga ke ____________dinding.

19.Pak Usop telah membina sebuah pancutan air di_____________halaman rumahnya.

20.Sara sedang berteduh di_____________sebatang pokok yang rendang sambil membaca buku. 

Terima kasih ya!

4 ulasan:

  1. tahniah cikgu Jehan. Blog ini bukan seperti blog malahan saya dapati seperti membuka sebuah buku latihan/ modul yang lengkap! Ilustrasi yang menarik serta berinfotaimen...

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu. saya nak ambil ye

    BalasPadam