NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Ahad, 9 Disember 2012

BAHAGIAN A : BINA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR


 

Salam 1 Malaysia buat murid-murid Cikgu Jehan yang berada di seluruh Malaysia.
    
    Hari ini cikgu hendak murid-murid membina ayat berdasarkan gambar yang cikgu muatkan dalam blog cikgu pada hari ini. Tentu mudahkan tugasan hari ini. Ini kerana cikgu tahu murid-murid tentu sudah cekap dan mahir dalam membina ayat yang lengkap berdasarkan gambar yang diberikan. 

     Sebelum cikgu memberikan tugasan tersebut di sini cikgu memberitahu cara atau teknik yang mudah untuk membina ayat yang lengkap dan tepat serta padat. 

BAHAGIAN A

Ø  Gambar terdiri daripada gambar tunggal, gambar bersiri, jadual, pelan, kitaran dan peta.
Ø  Calon perlu meneliti maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø  Bina ayat dengan menggunakan nombor.
Ø  Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 15 minit.
Ø  Markah yang diperuntukkan ialah 15 markah.

Langkah 1: Memahami  dan meneliti gambar

Ø  Teliti dan cari maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut.
Ø  Rangka idea seperti siapa / apa / di mana /bila / mengapa berdasarkan gmbar.


Langkah 2: Baca dan cari kunci soalan

Ø  Baca keseluruhan soalan dan cari kunci soalan.
Ø  Kunci soalan bagi soalan perbincangan ini ialah sama ada tentang aktiviti, tentang gambar atau tentang situasi.
Oleh itu, ayat yang dibina mestilah mengandungi kata kerja dan merujuk maklumat yang terdapat dalam gambar.


Langkah 3: Bina rangka ayat.

Ø  Tulis perkataan yang sesuai tentang gambar 
Ø  Digalakkan calon menulis pada gambar berkenaan agar tidak terpesong atau idea berulang.
Contoh:  1. tiga murid – menyapu sampah
               2. murid   - menyusun hadiah
               3. guru lelaki – menggantung kain rentang
               4. guru lelaki – mengangkat rostrum
               5. murid lelaki – menyusun sofa

Langkah 4: Bina lima ayat lengkap

Ø  Tulis lima ayat sahaja berdasarkan rangka ayat.
Ø  Setiap ayat dicadangkan mempunyai nombor.

* Jumlah kesemua ayay yang dibina digalakkan lebih daripada 30 patah perkataan.
   Murid menulis ayat lengkap dan bukan ayat mudah.

Lihat gambar di bawah dan contoh jawapan telah diberikan.


Langkah 5: Menyemak

Ø  Selepas menulis jawapan, semak struktur  ayat, penggunaan perkataan, tanda baca, imbuhan dan ejaan.
Ø  Pastikan ayat yang dibina berkaitan gambar.
Ø  Pastikan membina ayat gramatis.  

Tugasan hari ini:-

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.


1.  ______________________________________________________________________________________________________________________________________________

2.  ______________________________________________________________________________________________________________________________________________

3.  ______________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.  ______________________________________________________________________________________________________________________________________________

5.  ______________________________________________________________________________________________________________________________________________

Selamat menjawab ya murid-murid. Terima kasih dan jumpa lagi esok.



3 ulasan:

  1. tahniah! guru yang sangat kreatif dalam menyampaikan ilmu.terima kasih cikgu!

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Post yang cikgu Jehan menulis amat jelas dan berguna.

    BalasPadam