NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Ahad, 9 Disember 2012

MEMAHAMI PETIKAN DAN MENJAWAB DENGAN TEPAT

Salam 1 Malaysia buat murid-murid Cikgu Jehan. Sihat hari ini? Cikgu doakan semua dalam situasi yang sihat, aktif dan cergas ya pagi ini.

     Murid-murid cikgu tentu seronok menonton perlawanan bola sepak antara pasukan Malaysia yang dikenali dengan pasukan Harimau Malaya yang berlawan dengan pasukan Thailand iaitu pasukan Gajah Putih.   
Keputusan semalam juga tidak mendukacitakan rakyat Malaysia. Terima kasih dan tahniah kita ucapan kepada pasukan Harimau Malaya yang bertungkus lumus dengan semangat yang berapi-api menentang pasukan Gajah Putih.

      Di sini Cikgu memuatnaik berita 
penuh dan baca dan fahami petikan berita PIALA AFF SUZUKI : MALAYSIA 1 THAILAND 1.

       Tentu murid-murid sudah membaca ya berita ini. 
       Tugasan hari ini, sekarang cikgu hendak murid-murid menjawab soalan-soalan kefahaman di bawah ini berdasarkan petikan berita Piala AFF Suzuki:Malaysia 1 Thailand 1.

      Jawab soalan-soalan di bawah ini :-

1.   Di manakah pertandingan bola sepak antara pasukan Malaysia dan Thailand tersebut berlangsung?

2.   Siapakah skuad bimbingan bagi pasukan Malaysia berprestasi cemerlang dalam pertandingan tersebut?

3.   Pada minit ke berapakah Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama tersebut?

4.   Siapakah penjaring gol bagi pasukan Malaysia dan Thailand?

5.   Nyatakan pendapat anda tentang pertandingan bola sepak malam tadi di antara pasukan Malaysia dan Thailand.

      Mudahkan ya soalan-soalan tersebut tentu murid-murid cikgu Jehan telah berjaya menjawab kesemua lima soalan kefahaman tersebut. Ini kerana murid-murid telah membaca dan memahami petikan berita tersebut. 

     Baiklah cikgu ingin mengucapkan syabas dan kita berjumpa lagi esok dengan pembelajaran yang lebih menarik lagi.



Maju Sukan untuk Negara
Terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan