Salam 1 Malaysia buat murid-murid cikgu Jehan yang disayangi.
Hari ini cikgu hendak murid-murid menyudahkan tugasan di halaman blog cikgu ini. Banyak juga latihan untuk tugasan kali ini. Cikgu berharap murid-murid dapat menyiapkan tugasan kali ini. Untuk mencari makna yang betul dan tepat, murid-murid boleh gunakan pautan yang telah cikgu sediakan di sisi halaman ini.
Hari ini cikgu hendak murid-murid menyudahkan tugasan di halaman blog cikgu ini. Banyak juga latihan untuk tugasan kali ini. Cikgu berharap murid-murid dapat menyiapkan tugasan kali ini. Untuk mencari makna yang betul dan tepat, murid-murid boleh gunakan pautan yang telah cikgu sediakan di sisi halaman ini.
Selamat mencuba ya murid-murid!
Tajuk : Alam Angkasa
Betulkan kesalahan ejaan bagi
perkataan yang dicetak tebal dalam petikan di bawah.
Faedah
Membaca Buku Sains Angkasa
Bidang (1) sain angkasa merupakan bidang yang menarik untuk (2) diperlajari. Hal ini demikian kerana
bidang ini sedang (3) bekembang di
negara kita. Banyak (4) manafaat
yang akan kita peroleh dengan membaca buku sains angkasa.
Salah satu faedahnya ialah buku sedemikian memberikan pelbagai maklumat tentang sejarah dan penerokaan angkasa lepas. Maklumat yang lengkap dan lebih (5) teperinci termasuk tentang (6) cakrawala dan (7) system suria boleh kita peroleh. Oleh itu, pengetahuan kita tentang bidang angkasa lepas akan bertambah.
Selain itu, membaca buku tentang sains angkasa turut dapat menerapkan nilai-nilai murni dan pengajaran yang berguna untuk kita (8) cuntuhi. Hal ini boleh (9) menginsapkan kita tentang kejadian alam maya ini dan kebesaran pencipta-Nya.
Kesimpulannya, membaca buku sains angkasa dapat (10) menarek minat para pembaca tentang hal ehwal angkasa.
1.
|
6.
|
2.
|
7.
|
3.
|
8.
|
4.
|
9.
|
5.
|
10.
|
Lengkapkan ayat dengan penanda wacana yang betul.
1. Dia gagal dalam peperiksaan yang lalu.
........................................ , dia tidak pernah berputus asa untuk terus
berusaha. (Namun demikian, Oleh itu)
2. Farah membantu ibunya menyapu sampah di
halaman. ......................... Dia mengelap tingkap pula. (Oleh itu,
Selepas itu)
3. Basuhlah tangan selepas makan.
...................................... keringkan. Tangan dengan kain yang bersih.
(kemudian, walau bagaimanapun)
4. Tarikh peperiksaan sudah hampir.
...................................... , Hazami mengulang kaji pelajaran dengan tekun.
(Sungguhpun begitu, Oleh itu)
5. Rozi dan keluarganya hidup dalam
kemiskinan. ................................... dia tetap bersyukur dengan rezeki yang
dikecapinya selama ini.
(Sungguhpun begitu, Kemudian)
6. Salmah gagal dalam ujian memandu.
..............................................,(Namun begitu, Lantaran itu) dia tetap
tidak berputus asa.
7. Maria ingin berjaya dalam pelajarannya.
...................................... ,(Tambahan pula, Oleh itu) dia berusaha
dengan gigih.
8. Pak Sidek memetik sayur-sayuran di
kebunnya. ........................................, (Selain itu, Selepas itu) dia
menjualnya di pasar.
9. Ramai sungguh orang di pusat beli-belah.
........................................... .(Lebih-lebih lagi, Tambahan pula) pada
musim perayaan.
10. Kita harus menjaga keselamatan diri pada
setiap masa.......................................
(Selain itu, Dengan demikian) keselamatan kita pasti terjamin.
Terima kasih ya murid-murid!
menarik dalam menyampaikan info, teruskan cikgu!
BalasPadam