Hai, salam 1 Malaysia buat murid-murid Cikgu Jehan! Petang ini hujan lebat di Kluang, iaitu tempat tinggal cikgu. Oleh kerana tidak ada yang hendak dilakukan maka cikgu mengambil masa yang ada dengan memuatkan latihan untuk murid-murid.
Latihan pada petang ini ialah menjawab bahagian c iaitu memindahkan maklumat berdasarkan petikan. Sebelum ini di halaman yang lalu, cikgu ada menulis atau memberikan tip/teknik menjawab bahagian c. Oleh itu, cikgu mahu murid-murid menggunakan tip/teknik tersebut untuk menjawab soalan berikut ini. Selamat mencuba ya! Cuba sehingga jaya.
Tajuk : CERITA RAKYAT
Teliti
petikan di bawah.
``Batin Tujuh Beradik ; begitulah cerita tentang cerita tentang sekumpulan ketua kumpulan Orang Asli yang tinggal di tepi Sungai Pahang suatu masa dahulu.. Mereka ringan tulang dan sering bermandi peluh memugar hutan untuk bercucuk tanam selain berburh dan menangkap ikan.
Kebetulan di situ, tumbuh sepohon kayu Mahang yang sangat tinggi,mereka bulat kata hendak menumbangkan pokok yang merintangi Sungai Pahang itu. Kelak, senanglah mereka ke seberang.
Maka, bermulalah ceritera penebangan pokok itu dengan didahului oleh Batin Sulung. Anehnya, pokok itu berpuaka.Baru beberapa takek menghayunkan beliung, Batin Sulung mati tiba-tiba. Begitu jugalah yang terjadi kepada Batin Tengah serta adik-adiknya.Kini Batin Bungsu pula mengambil alih kerja itu. Malangnya , beliau juga mengikut jejak abang-abangnya; mati celik sebaik sahaja pokok itu tumbang.
Mengikut ceritanya , perdu pokok itu di Kampung Pedah sekarang, tapi pucuknya mencecah ke Sungai Salan . Luas perdu pokok itu pula muat untuk hidangan sepuluh talam. Ha , kampung Pedah itu pun ada cerita asal usulnya! Begitulah ceritanya, cu, ” unjur Aki Chik.
Taufik tiba-tiba ketawa .`` Jauh tu kalau dari Pedah ke Sungai Salan, Aki; macam dari Tamin ni ke Jerantut.”
`` Entahlah, cu. Tapi, kononnya sambil menghela nafas. Taufik terlopong lagi.
Tugasan hari ini :-
Tuliskan
lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di atas. Panjangnya jawapan kamu
mestilah tidak lebih dari 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
__________________________________________________________________

Terima kasih ya murid-murid.
berinfo dan menarik...tahniah!
BalasPadam