Salam 1 Malaysia buat semua murid-murid Cikgu Jehan. Tentu masih berseronok lagi seperti gambar di sebelah ini ya. Maklumlah masih lagi dalam kehangatan cuti sekolah akhir tahun. Sudah siap tugasan yang cikgu beri semalam? Tentu sudah siap ya.
Hari ini cikgu memberikan teknik atau cara menjawab Bahagian C pula. Cikgu berharap murid-murid dapat gunakan teknik ini dalam tugasan yang cikgu akan berikan sekejap aje. Harap bersabar ya. Akan tetapi baca dan fahami teknik berikut yang cikgu berikan.
Langkah Penting Menjawab Bahagian C
1 Baca
petikan sekurang-kurangnya dua kali. Gariskan isi penting
penting dan kenal pasti nilai baik berdasarkan
kehendak soalan
Pelajar mempunyai masa yang mencukupi. Bacaan pertama adalah
untuk memahami petikan.
Bacaan kali kedua untuk mengenal pasti nilai
dan garisi ayat yang ada nilai murni dan tuliskan nilai di tepi
petikan
Contoh:
Aku anak petani. Namaku Firdaus. Walau pun hidupku “ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Hubungan kekeluargaan kami masih erat. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian kepada kami. Walaupun kami hidup susah, ibu tidak pernah mengeluh.
Harapan ayah dan ibu ingin melihat aku berjaya. Aku membuat persediaan awal untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Di sekolah aku sentiasa menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Di rumah pula, aku menyediakan jadual waktu untuk belajar.
Kegiatan sukan di sekolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan, badanku menjadi cergas. Justeru, aku akan dapat belajar dengan selesa.
Aku bertekad mengubah nasib keluarga aku. Untuk itu aku berjanji akan belajar dengan gigih dan menjadi model terbaik kepada adik-adikku. Aku akan membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang mencapai kejayaan.
2 Gunakan
kata ganti nama ‘kita’.
Petikan dibaca oleh pelajar dan pelajar yang dapat pengajaran
daripada petikan. Justeru
itu gunakan kata ganti nama ’Kita’
semasa
membuat ulasan.
3
Gunakan frasa ‘kita hendaklah’, ‘kita haruslah’,
Pelajar
boleh menggunakan rangkai kata tersebut bagi memberi
penekanan nilai atau
pengajaran yang diulas. Antara rangkai kata yang
sesuai digunakan seperti
berikut:
kita
haruslah ...
kita
hendaklah ...
kita
sepatutnya ...
kita
sewajarnya ...
kita
mestilah ...
kita
perlulah ...
Contoh ulasan : Kita sepatutnya rajin menyiapkan kerja
sekolah yang
diberi oleh guru.
Fomula mudah menjawab
Bagi memudahkan pelajar menjawab
bahagian C ini , satu fomula direka yang dikenali ASSDA seperti dinyatakan:
i. Antara nilai murni/pengajaran…. A
ii.
Seterusnya…………….. S
iii. Selain itu……… S
iv. Di samping itu……. D
v.
Akhirnya ………. A
|
Fomula ini memudahkan pelajar
mengingat dengan menyediakan penanda wacana yang sesuai. Pelajar cuma
memasukkan nilai dan membuat ulasan dalam lima ayat sahaja. Ini dapat membantu
pelajar daripada membuat ulasan yang panjang. Untuk memudahkan lagi, terutama
pelajar-pelajar lemah dan sederhana, masukkan frasa ‘kita mestilah’, kita sepatutnya’,
‘kita perlulah’ selepas penanda wacana seperti contoh disediakan:
Antara nilai murni /
pengajaran yang saya peroleh daripada petikan ialah …………………….........................................
………………… .
Seterusnya, kita perlulah………............................
................................................................................Selain
itu, kita mestilah……………………………….........................................................
Di samping itu, kita sewajarnya
.............................................
….....................................Akhirnya,kita
……….............................
|
Tugasan hari ini.
Tulis lima
nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan
kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang
Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.
Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.
Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengiggit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.
Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.
Jawapan :-
Nilai yang diperoleh dalam petikan
-
rajin - bertindak pantas / bijak
-
bersungguh-sungguh - membalas / mengenang budi
-
tekun / berusaha / berdisiplin - berhemah /
menghargai
-
berhati-hati - setiakawan / hubungan baik
-
membantu / menolong / baik hati - berani / rasional
-
prihatin / belas kasihan
terima kasih cikgu, info yang amat berguna dan tip/teknik yang mudah difahami murid-murid.
BalasPadam