Salam 1 Malaysia murid-murid cikgu Jehan yang disayangi. Emm, sedap betul buah-buahan yang tertera gambar di atas itu ya. Cikgu pun rasa geram tapi cikgu baru rasa menikmati keenakan buah durian. Memang sedap terutama buah durian musang. Isinya tebal dan warna buah durian musang itu kekuning-kuningan. Kalau di Cameron Highland nama durian musang ini sudah bertukar nama menjadi durian permaisuri.
Baiklah, hari ini cikgu mahu murid-murid menulis karangan fakta bertajuk seperti berikut. Murid-murid boleh merujuk di sini untuk mendapatkan maklumat cara terbaik untuk menulis karangan jenis fakta tersebut.
Jom, kita menulis karangan berdasarkan rangka karangan yang telah pun diberikan.
Selamat menjawab.
Tugasan hari ini :-
Negara kita Malaysia
kaya dengan buah-buahan. Tulis karangan tentang
kebaikan buah-buahan tempatan.
Tulis
karangan lengkap tentang kebaikan buah-buahan tempatan dengan berpandukan rangka karangan yang diberikan.
Rangka karangan
Pendahuluan
- Malaysia
kaya dengan buah-buahan.
- Contohnya durian,
langsat, manggis, rambutan dan
sebagainya.
sebagainya.
Isi-isi
- buah-buahan tempatan mempunyai rasa yang
sedap
dan berkhasiat untuk kesihatan.
dan berkhasiat untuk kesihatan.
- harga buah-buahan
tempatan lebih murah berbanding dengan harga buah-buahan import.
- Buah-buahan
tempatan kurang mengandungi bahan kimia yang mendatangkan kesan sampingan
kerana buah-buahan tempatan
tidak
perlu diawet.
- buah-buahan
tempatan mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi kerana
keadaannya memang sesuai dengan bentuk muka bumi.
Kesimpulan.
Syabas dan tahniah !
Terima kasih.
terima kasih, menarik dan bermaklumat serta terdapat pautan di laman yang lain. Mudah untuk murid-murid mendapatkan maklumat berkaitan topik.
BalasPadam