NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Ahad, 9 Disember 2012

BAHAGIAN B : TEKNIK MENULIS KARANGAN AUTOBIOGRAFI


Salam 1 Malaysia buat murid-murid cikgu Jehan yang disayangi. Tentu sihat dan cergas ya hari ini. Cikgu pun alhamdulillah sihat dan cergas lebih-lebih lagi kerana berpuas hati dengan perlawanan bola sepak malam tadi di mana pasukan Harimau Malaya telah memberikan tentangan yang sangat hebat ke atas pasukan Gajah Putih.
Hari ini kita masih lagi dalam kehangatan demam bola sepak maka cikgu ingin menarik perhatian murid-murid dengan pembelajaran kita hari ini. Hari ini cikgu akan memberikan tip/ teknik menulis karangan autobiografi. Berikut ialah teknik/tip yang mudah untuk menulis karangan autobiografi.
TEKNIK KATA KUNCI : AUTOBIOGRAFI 

S
SIAPA AKU?
N
NAMA AKU?
D
DI MANA AKU?
W
WARNA AKU?
A
ASAL AKU?
K
KEGUNAAN AKU?
5P
DIPAMER DI KEDAI

DIBELI OLEH SESEORANG

DIJAGA DENGAN BAIK

MALANG TIDAK BERBAU

DIBAIKI SEMULA /
TAMAT RIWAYAT
SIAPA NAMA DATUK WAK 5P


Murid-murid boleh menggunakan teknik di atas untuk menulis karangan jenis biografi , mudah saja dengan mengingati ayat yang bercetak merah untuk mendapatkan idea-idea berkaitan tajuk.
Tugasan hari ini ialah menulis  karangan autobiografi 
" Aku Sebiji Bola"
Nazmi Faiz
Baiklah murid-murid cikgu berharap murid-murid dapat menyiapkan tugasan hari ini. Selamat mencuba teknik yang cikgu berikan ketika menyiapkan karangan tersebut. Gambar tersebut sebagai membantu murid-murid berimaginasi ketika menulis.
Terima kasih!

1 ulasan:

  1. tahniah, info yang amat berguna teknik yang senang diingati...terima kasih

    BalasPadam