NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Selasa, 4 Disember 2012

PENULISAN : LAPORAN LAWATAN KE MUZIUM NEGARA KUALA LUMPUR


Salam 1 Malaysia buat semua murid-murid Cikgu Jehan yang disayangi.

     Apa khabar pagi ini? Cikgu berdoa semua sihat ya. Ha, hari ini cikgu ingin membawa murid-murid melawat. Hendak tahu ke mana kita hendak pergi hari ini! Jom, hari ini kita melawat ke Muzium Negara Kuala Lumpur. Kalau tidak pernah ke Muzium Negara, jom cikgu membawa murid-murid melawat ke sana sekarang…..Jom kita ke Muzium Negara Kuala Lumpur...


     Seronok tak! Tentu seronok dan gembira kerana murid-murid dapat menambahkan pengetahuan dengan lawatan ini. Sekarang, cikgu hendak memberi tugasan untuk hari ini setelah kita selesaikan lawatan tersebut ya. Ha, tugasan hari ini ialah murid-murid dikehendaki membina karangan berformat iaitu berbentuk laporan. Kalau sudah lupa format laporan tu, rujuklah buku rujukan karangan murid-murid dan murid-murid juga boleh merujuk di laman web dengan klik di sini  ya atau klik juga  UPSR.NET di Pembelajaran Interaktif Bahasa dalam blog cikgu ini. Tajuk hari ini ialah  “ Laporan Lawatan ke Muzium Negara, Kuala Lumpur”. Selamat membina karangan ya murid-murid cikgu sekalian. 

     Di sini juga Cikgu Jehan merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang video ini iaitu cakap niaga. Terima kasih ya. 

     Jangan lupa kita jumpa lagi esok ya….Terima kasih.

1 ulasan:

  1. terbaik untuk menarik minat murid-murid. Tgk blog cikgu macam sebuah modul/ buku latihan yang memang terbaik.Tidak dapat dipasaran...teruskan cikgu!

    BalasPadam