NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Sabtu, 15 Disember 2012

TEKA TEKI


Salam 1 Malaysia buat murid-murid cikgu Jehan yang disayangi. Sihat hari ini? Cikgu doakan semua dalam situasi yang amat menyenangkan terutama pada hujung minggu dapat berkumpul semua ahli keluarga.

Ha, tentu murid-murid sudah dapat mengagak apa cikgu hendak beri info pagi Sabtu ini terutama setelah melihat gambar Hobbit dan Gollum di halaman ini.


Semalam, cikgu dan keluarga cikgu sempat menonton wayang bertajuk 'HOBBIT'. Ceritanya hebat dan amat menarik terutama banyak babak yang memaparkan kemahiran berfikir yang diperlukan jika seseorang itu hendak melepaskan diri daripada musuh. Cerita ini sesuai ditonton oleh semua lapisan umur. 

Babak yang amat menarik perhatian cikgu dan turut sama meneka di dalam cerita ini ialah babak antara Hobbit dan Gollum, mereka telah beradu menyelesaikan 'riddles' atau dalam bahasa Melayu bermaksud teka teki.

Justeru itu, hari ini cikgu hendak mengajak murid-murid cikgu berteka-teki dengan cikgu pula ya. Jawapan teka teki tersebut murid-murid boleh merujuk di sini.




*MENGUJI MINDA*



Soalan : Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?


Soalan : Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?


Soalan : Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?



Soalan : Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

 
Soalan : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Soalan : Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?


Soalan : Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

Soalan : Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Soalan : Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Ke arah mana lembu itu menghadap sekarang?



Soalan : Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?


Soalan : Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Soalan : Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?


Soalan : Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Soalan : Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?

Soalan : Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?


Soalan : Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?

Soalan : Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan : Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?


Soalan : Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.

Soalan : Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?


Soalan : Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?


Soalan : Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?


Soalan : Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?


Soalan : Apakah yang berada di antara langit dan bumi.

Soalan :Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?


Soalan :Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?


Soalan :Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?


Soalan : Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.


Soalan : Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?


Soalan : Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.


Soalan : Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?


Soalan : Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Soalan : Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?


Soalan : Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Soalan : Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Soalan : Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?


Soalan : Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?


Soalan : Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?



Soalan : Apakah haiwan yang berkaki 3?

Soalan : Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Soalan : Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Soalan : Haiwan apakah yang paling tidak sopan?


Soalan : Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?


Soalan : Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan : Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?


Soalan : Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan : Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?


Soalan : 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh ke bumi?



Soalan : Binatang apakah yang paling kaya didunia?


Soalan : Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Semoga murid-murid seronok belajar sambil berteka-teki.
Murid-murid juga boleh merujuk di halaman ini juga untuk berteka teki sebagai menguji IQ murid-murid.

Terima kasih ya.

4 ulasan:

  1. Wah, saya tabik hormat krn cikgu berjaya mengikuti perkembangan semasa dan mengaitkan dengan pembelajaran cikgu...semoga Allah sentiasa memberkati cikgu...amin. Teruskan memberi info yang terbaik kpd murid-murid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah...terus mengikuti blog saya ya...shukran jazilan

      Padam
  2. Perkongsian yang berguna ..
    Nice blog .. Keep it up :)

    BalasPadam