NOTA, LATIHAN TOPIKAL, UJIAN DAN PEPERIKSAAN

Jumaat, 14 Disember 2012

USAHA DAN KEKUATAN

Salam 1 Malaysia buat murid-murid cikgu. Sudah lihat gambar yang tertera di atas halaman ini? Tentu murid-murid cikgu kagum ya melihat usaha warga emas itu mengangkat tong drum tersebut. Inilah yang dikatakan hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.


     Gambar ini cikgu dapat dari muka buku cikgu. Cikgu hendak berkongsi idea berkaitan dengan gambar ini. Untuk meneruskan hidup kadang-kadang kita terpaksa mengharung banyak onak dan duri, cabaran dan halangan. Menurut dalam muka buku cikgu itu, warga emas ini menggunakan tulang empat keratnya mengambil upah melakukan pekerjaan tersebut. Tujuannya adalah untuk mencari rezeki, untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan warga emas ini ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
     
     Sekarang, murid-murid lihat pula gambar di bawah ini pula, berbeza dengan gambar di atas.
 
     Gambar di atas yang dapat cikgu katakan ialah anak kecil ini pula berusaha mendapatkan makanan untuk meneruskan hidup ini. Usaha tanpa mengenal usia akan tetapi tujuan tetap sama iaitu untuk meneruskan hidup. Oleh itu murid-murid, acap kali jika kita menikmati keenakan makanan, ingatlah bahawa masih ramai lagi yang tidak cukup makan seperti anak kecil di atas ini. Anak kecil ini hanya mengharapkan belas kasihan orang ramai untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari.Kita hendaklah hidup di atas dunia ini umpama aur dengan tebing dan janganlah seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

     Pengajaran di sini ialah kita hendaklah berusaha dengan gigih kerana tanpa mengira usia, usaha dan kekuatan mental, emosi, jasmani dan intelek kita tidak akan dapat mengharung kehidupan di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan halangan.

     Cikgu berharap murid-murid yang tidak menghadapi sebarang halangan dalam mengejar ilmu berusahalah menuntut ilmu. Nasihat cikgu kita janganlah mengamalkan sikap bagai melepaskan batuk di tangga dalam menuntut ilmu. 

Tugasan hari ini:-

Terdapat lapan perumpamaan dalam petikan di atas. Nyatakan maksud lapan perumpamaan yang bercetak tebal. Murid-murid juga boleh merujuk di sini untuk mendapatkan maklumat yang terperinci berkaitan tugasan hari ini.

Selamat menjawab ya murid-murid.

Terima kasih ya!

2 ulasan:

  1. Tahniah, cikgu dapat menggunakan pelbagai media dalam pembelajaran dan murid-murid dapat berfikir dan bermotivasi sambil belajar. Teruskan berkarya cikgu...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, tkasih saya juga kpd terutama kpd ALLAH SWT, tenaga pengajar saya di UPSI iaitu Dr, Che Soh Said berdasarkan nota pembangunan blog beliau sehingga saya berjaya membina blog pengajaran ini, sumbangan bahan yg saya dapati dlm internet dan juga kpd suami dan anak-anak saya...terus bersama blog saya ini ya...

    BalasPadam